Sekolah Kebangsaan Rampangi
Sekolah Kebangsaan Rampangi, (SK Rampangi), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan, sebagai kemudahan infrastruktur awam dan umum, sebagai tempat permulaan, untuk anak-anak muda dari kalangan penduduk, sebagai generasi penerus legasi, penduduk dan warga awam dan umum yang telah mendiami kawasan sekitar, dan sewaktu pembinaan bagi bangunan sekolah ini telah dimulakan dengan penyerahan tapak seluas 11.79 hektar oleh Jabatan Tanah dan Survey serta diserahkan kepada Jabatan Pendidikan pada 18.08.1999, dan juga telah dibina di sebuah kawasan, terletak di dalam, perkampungan, di hujung Kota Kuching, justeru, sehubungan itu, adalah seperti berikut, jarak untuk ke Sekolah Kebangsaan Rampangi, adalah sekitar 12 kilometer, daripada Pusat Bandaraya, Kota Kuching, adalah merupakan sebuah Bandar, yang berfungsi sebagai, Ibu, Negeri Sarawak, ialah merupakan sebuah bandaraya yang telah sinonim, di kesemua peringkat, serta termasuk di peringkat antarabangsa, dan juga turut di ketahui sebagai sebuah, Kota yang sangat indah damai dan permai serta masih di dalam fasa dan proses untuk berkembang dengan pesat selepas, telaksananya akan beberapa pelbagai projek-projek pembangunan infrastruktur, seperti projek pan borneo, dan juga sebagainya, atau sepertimana serta sebagaimana yang telah diketahui umum dan awam, Kota ini, sangat popular menerusi nama julukannya iaitu sebagai Bandar, modul contoh, Kota Perpaduan, Di Malaysia amnya pada sewaktu dan juga masa kini.
Sekolah Kebangsaan Rampangi | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berhijrah Berwawasan Bertawakal |
Ditubuhkan | 25 November 1999 |
Nombor sekolah | 082 443004 Tel |
Kod sekolah | YBA1351 |
Pengerusi PIBG | Encik Zemahari Bin Seruji |
Pengetua | Fulianawati Binti Abdullah |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Penolong Kanan 1 Halmi Bin Saadi |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Penolong Kanan HEM Azurna Binti Yusof |
Penolong Kanan Kokurikulum | Penolong Kanan Kokurikulum Suaidi Bin Julai |
Faks | 082 443004 Faks |
Laman sesawang | skrampangi@yahoo.com |
FALSAFAH SEKOLAH Bahawasanya murid-murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan itu peluang seluas-luasnya akan diberikan kepada murid-murid di sekolah ini untuk mengembangkan daya intelek masing-masing. Bahawasanya kami para pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberikan pendidikan yang sempurna dan bermutu tinggi bagi memajukan pelajaran murid-murid di sekolah ini. |
Sejarah
suntingPembinaan sekolah Kebangsaan Rampangi dimulakan dengan penyerahan tapak seluas 11.79 hektar oleh Jabatan Tanah dan Survey kepada Jabatan Pendidikan pada 18.08.1999.
Pada 25.11.1999 upacara perletakan batu asas dilakukan pada hari Khamis jam 2.30 petang oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman Johari Tun Abang Hj. Openg, Menteri Pembangunan dan Perindusterian Sarawak pada ketika itu juga menteri yang bertanggungjawab terhadap Pendidikan Negeri Sarawak.
Pembinaannya telah dimulakan pada penghujung tahun 1999 dan dijangkasiap sepenuhnya penghujung tahun 2000 danmula beroperasi pada 1 Januari 2001. Walaubagaimanapun hasrat untuk beroperasi tertangguh kerana terdapat beberapa masalah teknikal ( tanpa pagar dan parit / saliran masih dalam pembinaan ). Pada Januari 2001, Jabatan Pendidikan Sarawak telah menempatkan seorang Guru Besar, 21 orang guru, seorang kerani dan seorang Pembantu Rendah Awam.
Walaupun tidak dapat beroperasi, kakitangan sekolah hanya melakukan kerja-kerja pembersihan, menerima dan mengemaskini inventori peralatan/ perabot sekolah danmembuat projek keceriaan. Pada pertengahan tahun 2001, seramai 19 orang guru telah ditempatkan sementara ke Jabatan dan Sekolah-sekolah dalam daerah Kuching / Samarahan. 3 orang guru ditempatkan ke Jabatan Pendidikan Bahagian Kuching / Samarahan dan selebihnya ditempatkan secara sementara di sekolah-sekolah kawasan 4, manakala 4 orang guru telah ditempatkan di SK. Mata Parang.
Guru-guru kembali ke SK. Rampangi semula pada 1 Januari 2002 dan pada 4 Januari 2002, SK Rampangi dapat beroperasi sepenuhnya dengan bilangan murid seramai 511 orang. SK Rampangi telah didaftarkan pada 7 Januari 2002 dan pada 5 September 2002 secara rasminya penyerahan bangunan sekolah kepada Jabatan Pendidikan oleh pihak pemaju
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Rampangi, Jalan Meranti, di Jalan Sultan Tengah, 93050, Kuching Sarawak, Malaysia.