Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu
Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu atau nama ringkasnya SK Pulau Melayu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.
Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri, 98000, Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6085423350 |
Kod sekolah | YBA4108 |
Faks | 6085423350 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu memiliki 118 pelajar lelaki dan 109 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 227 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009
Sejarah
suntingAsalnya sekolah ini dibina di atas sebidang tanah kepunyaan ketua kampung, Sebuah pondok papan berdinding separuh yang beratapkan daun nipah dibina pada tahun 1960 an dengan menggunakan kawasan rumah Ketua Kampung, Tuan Haji Awang Mohidin Bin Awang Yusuf. Pada tahun 1970an sebuah bangunan kayu dibina berhampiran padang bola sepak kampung berhampiran jalan utama bagi menggantikan pondok lama sekolah. Bilangan kelas juga bertambah, dari tiga buah kelas menjadi lima buah kelas.
Pada tahun 1980an bangunan tambahan kelas dibina untuk menampung jumlah murid yang bertambah. Pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1988 dengan menambahbaik fasiliti sekolah dengan menwujudkan bilik guru, bilik sumber sekolah, stor buku teks dan rak untuk alat bantu mengajar. Selepas 1995 bangunan ini diubah menjadi 3 unit berek rumah guru untuk keperluan guru dari luar Miri. Pada tahun 2008 bangunan ini mendapat penyelengaraan dan salah satu darinya (Bilik No, A) dijadikan bilik j-QAF untuk kegunaan murid.
Pada tahun 1995, bangunan konkrit dibina sebanyak 4 blok bagi memenuhi penempatan murid-murid yang semakin bertambah setiap tahun. Bangunan ini merangkaumi empat bilik akademik (Kelas), pejabat pentadbiran, makmal sains, bilik Kemahiran Hidup dan beberapa buah bilik serbaguna. Pada Penghujung tahun 1996, bangunan baru digunakan sepenuhnya untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentabidarn sekolah setelah kemudahan asas seperti kipas angin, air dan lampu disediakan.
Sehingga ke tarikh hari ini (01.01.2018) sekolah telah dilengkapi dengan Pusat Akses di Perpustakaan sekolah (Blok C) dan sebuah Makmal Komputer, yang lengkap dengan peralatan ICT. Blok lama sekolah (blok berdinding papan) telah diubahsuai menjadi dapur dan Dewan Rancangan Makanan Tambahan dan sebuah Kelas Pra sekolah.
SENARAI GURU BESAR
BIL | Nama Guru Besar | Tempoh berkhidmat |
1 | En Abdul Rahman Bin Nasir | 1960 – 1967 |
2 | En Denin Fredericks | 1968 – 1972 |
3 | En Ibrahim Bin Amir | 1972 – 1974 |
4 | Tn Haji Taiee Bin Ibrahim | 1975 – 1977 |
5 | Tn Hj Hamdan Bin Mohidin | 1978 – 1980 |
6 | Sheikh Naimullah Sheikh Aminullah | 1981 – 1983 |
7 | En Bujang Bin Bakeri | 1984 – 1988 |
8 | En Awang@Ibrahim Bin Ahmad | 1989 – 1993 |
9 | En Ang Boon Siang | 1994 – 1996 |
10 | En Wan Sallem Bin Tuanku Taibu | 1997 – 2003 |
11 | Pn Fatimah Binti Hj Nawi | 2003 – 15.12.2013 |
12 | En Kamuruddin Bin Salem | 16.12.2013 – 20.04.2019 |
13 | Pn Zuraidah Binti Ahmat | 21.04.2019 |
Pencapaian
suntingPada tahun 2013,Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu telah mendapat tempat 6 dalam pencapaian UPSR.
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu
- D/A Pejabat Pendidikan Daerah Miri
- 98000, Miri
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 6085423350
Pautan luar
suntingPada tahun 2015,seramai 7 orang dari tahun 6 Yakin ialah sasaran untuk mendapat 5A dalam UPSR 2015.~Semoga murid Tahun 6 Yakin berjaya~.