Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat atau nama ringkasnya SK Permatang Tok Mahat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Permatang Tok Mahat. Sekolah ini adalah sekolah yang bersempadanan dengan Parit Buntar, Perak.
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat | |
---|---|
Lokasi | |
Tok Mahat Jalan Sempadan, 14300, Nibong Tebal,, Mutiara Timur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6057163580 |
Kod sekolah | PBA4004 |
Faks | 6057164696 |
Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat memiliki 476 pelajar lelaki dan 474 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 950 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.2009
Sekolah ini telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 9 dengan kebitaraan Sains dan Tarian.
Sejarah
suntingSekolah ini telah diasaskan pada tahun 1890. Sekolah ini mendapat nama sempena Kampung Permatang Tok Mahat dan dikenali oleh penduduk tempatan dengan nama “sekolah itik” kerana bangunan yang didirikan rendah seperti bangsal itik. Bangunan ini mempunyai tiga buah bilik darjah sahaja. Pada tahun 1956, pertambahan bilangan murid telah menyebabkan sekolah ini dipindahkan ke tapak yang luas. Bangunan ini mempunyai tujuh buah bilik darjah. Bangunan tambahan telah didirikan bagi menampung pertambahan jumlah murid pada tahun 2001.
Pencapaian
suntingPada tahun 2015 seramai 36 orang murid mendapat 5A dalam UPSR dengan Gred Purata Sekolah 1.70
Pada tahun 2014 seramai 24 orang murid mendapat 5A dalam UPSR dengan Gred Purata Sekolah 1.85
Pada tahun 2013 seramai 30 orang murid mendapat 5A dalam UPSR dengan Gred Purata Sekolah 1.74.
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat
- Jalan Sempadan
- 14300, Nibong Tebal
- Pulau Pinang, Malaysia
- Telefon = 6057163580
- Fax = 6057164696