Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang
Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang atau nama ringkasnya SK Penghulu Baya Mallang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Long Terawan, Tutoh, Baram. Sekolah kecil ini boleh dihubungkan dengan laluan darat dari Bandaraya Miri, Sarawak. Perjalanan mengambil masa selama 04 jam 30 minit dari Bandaraya Miri melalui Pekan Lapok dan Pekan Long Lama. Dari Long Lama, beberapa kampung turut dilalui antaranya ialah Long Bemang, Long Wat dan Long Atip. Terdapat laluan singkat dari Kampung Long Atip ke Long Terawan dengan melalui Kampung Long Win dan Long Bangan.
Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang | |
---|---|
Lokasi | |
Tutoh-Apoh Kampung Long Terawan, Tutoh, Baram, 98050, 98050, Marudi,, Sarawak Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan |
Autoriti pendidikan | Baram |
Sesi | Satu Sesi |
Nombor sekolah | TIADA |
Kod sekolah | YBB4349 |
Pengerusi PIBG | Puan Magdeline Anak Eloh |
Guru besar | Encik Kenneth Tugang |
Tenaga pengajar | 06 |
Jantina | 04 Guru Lelaki, 02 Guru Perempuan |
Jumlah penuntut | 10 |
Kelas | 04 |
Bahasa pengantar | Bahasa Melayu |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Jason Jau |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Albert Ting Kah Mau |
Penolong Kanan Kokurikulum | Nor Kartikah Binti Ilyas |
Laman sesawang | https://www.facebook.com/profile.php?id=100092677633781 Tiktok Rasmi = https://www.tiktok.com/@skpenghulubayamallang |
Pada 2025, Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang memiliki 04 murid lelaki dan 06 murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 10 orang murid. SK Penghulu Baya Mallang mempunyai seramai 06 orang guru 100% siswazah dan 01 orang Pembantu Tadbir. Senarai guru, Ahli Kumpulan Pelaksana dan Pekerja Swasta Sekolah adalah seperti berikut:
- Encik Kenneth Tugang ( Guru Besar )- DG10
- Encik Jason Jau ( Penolong Kanan Pentadbiran )- DG9
- Encik Albert Ting Kah Mau ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )-DG9
- Cik Nor Kartikah Binti Ilyas( Penolong Kanan Kokuriklulum )- DG9
- Cik Brenda Eva Anak Micheal Javennie( Guru Akademik Biasa )-DG9
- Cik Fiona Talik( Guru Akademik Biasa-Interim)-DG41
- Puan Covina Veronica Sitie (Pembantu Tadbir/ Operasi)-N1
- Encik Alfores Wang Sabang- Pengawal Keselamatan Sekolah
- Encik Samuel Anak Bidol- Pengawal Keselamatan Sekolah
- Puan Chieng Mui Ing- Pekerja Pembersihan
- Encik Yassin Patrick Lahang- Pekerja Pembersihan
SK Penghulu Baya Mallang, ditubuhkan pada tahun 1965 oleh penduduk Kampung Long Terawan dengan usaha gigih Ketua Masyarakat , Penghulu Baya Mallang (selepas itu Temenggong). Operasi sekolah bermula dengan sebuah rumah yang diperbuat daripada buluh dan beratapkan daun nipah/rumbia yang didirikan secara gotong royong. Ia beroperasi secara rasmi pada tahun 1966 dengan enrolmen seramai 42 orang murid. Pada tahun yang sama seramai 32 orang murid dari Kampung Long Panai telah ditarik masuk untuk mengisi kelas Tahun 3 dan Tahun 4. Encik Melai Usang yang ketika itu selaku Guru Besar di SRK Long Panai telah dipindahkan ke SRK Penghulu Baya Mallang dan seterusnya menjadi Guru Besar pertama dengan dibantu oleh 2 orang guru. Berikut ialah senarai nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Penghulu Baya Mallang sehingga kini:
1. ENCIK MELAI USANG JANUARI 1966- JULAI 1973
2. ENCIK WILSON SAKAN OGOS 1973- DISEMBER 1982
3. ENCIK ANTHONY KULE LALO JANUARI 1982- DISEMBER 1986
4. ENCIK ROBERT LUHAT JANUARI 1987- JULAI 1995
5. ENCIK JOSEPH LINGAN ANAK KANA OGOS 1995- MEI 1998
6. ENCIK SAMI ANAK BUNDA MEI 1998- NOVEMBER 2003
7. CIK LIM TANYIT MAC 2004- NOVEMBER 2008
8. ENCIK DESMOND UCHEK ANAK INKA DISEMBER 2008- JUN 2015
9. ENCIK EDWARD ANAK SELIGE OKTOBER 2016- OGOS 2021
10. ENCIK SARVITHRA RAO A/L KRISHNAMURTHY NOVEMBER 2021- OKTOBER 2022
11. ENCIK KENNETH TUGANG MEI 2023- TERKINI
Atas masalah lokasi yang selalu dilanda banjir, maka pada tahun 1980, SK Penghulu Baya Mallang telah dipindahkan ke tapak baru dengan bantuan Syarikat pembalakan, Baya Lumber. Pada tahun 1981, sebuah bangunan baru berdiri megah dengan tiga blok rumah guru. Bangunan baru ini telah dirasmikan pembukaannya pada Sabtu, 5 Disember 1981 oleh YB Encik Robert Jacob Ridu, Menteri Muda Perhubungan dan Kerja Raya Sarawak
Dilihat dari segi pencapaian akademik, SKPBM menunjukkan pencapaian pada tahap sederhana.
MISI sekolah "Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti" manakala VISI sekolah "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang".
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang
- Pejabat Pendidikan Daerah Baram
- Lot 2241, Jalan Marudi/ Ulu Linei
- 98050 Marudi, Baram, Sarawak.
Pautan luar
sunting- Telefon = 085755808
- Tiktok Rasmi = https://www.tiktok.com/@skpenghulubayamallang
- Facebook Rasmi = https://www.facebook.com/profile.php?id=100092677633781
- Email = skpbm4349@gmail.com