Sekolah Kebangsaan Mohd Shah

Sekolah Kebangsaan Mohd Shah atau nama ringkasnya SK Mohd Shah, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Baharu.

Sekolah Kebangsaan Mohd Shah
Lokasi
 Malaysia Kampong Baharu, 13300, Tasek Gelugur,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045731518
Kod sekolahPBA2006
Faks6045731518


Pada tahun 2024, Sekolah Kebangsaan Mohd Shah memiliki seramai 239 pelajar lelaki dan 262 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 501 orang. Seramai 34 orang guru yang mempunyai kelayakan akademik telah bergelar pendidik di sekolah ini .2024

Guru besar sekolah ini adalah Encik Mior Darul Ridzuan (2024) dan dibantu oleh barisan pentadbir yang bekerja secara efisien dan sistematik.

Sekolah yang bergelar peneraju STEM INOVASI ini mempunyai bilik-bilik khas yang menjadi platform dalam mengetengahkan lagi program dan aktiviti dibawah pengelolaan STEM. Antaranya ialah :

  • Bilik Tunas Wellness SPA
  • Bilik pembelajaran abad ke-21
  • Bilik Inovasi STEM
  • Bilik RC JET

Pencapaian

sunting

Antara pencapaian SK Mohd Shah yang menjadi bualan ramai terutamanya guru dari sekolah sekolah lain adalah sekolah ini merupakan penggerak TS25 kohort 1. Sk Mohd Shah turut dikenali melalui program inovasi STEM yang sentiasa dilaksanakan di sekolah termasuklah di peringkat negeri dan kebangsaan. Melalui sokongan dan bimbingan guru besar dan barisan pentadbir, guru - guru dan murid menjadi penggerak pelaksanaan program kurikulum dan kokurikulum ini.


Antaranya adalah program Remote Control Jet (RCJET)

Program ini telah menempah nama Sk Mohd Shah diperingkat negeri melalui Bengkel Inovasi Jet Kawalan Jauh yang telah dilaksanakan pada 7-8 JUN 2024. Tarikh keramat ini telah membuka mata guru dan murid dari pelbagai kelompok sekolah tentang inovasi RCJET ini.

SK Mohd Shah merupakan peneraju utama inovasi ini. Oleh itu, pelaksanaan bengkel tersebut mempunyai beberapa objektif yang diutarakan

  1. Memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid tentang ilmu sains dan teknologi penerbangan.
  2. Meningkatkan minat, potensi dan motivasi murid dalam bidang sains dan teknologi.
  3. Menyediakan platform penting untuk merealisasikan dasar STEM kebangsaan.
  4. Menyediakan ruang dan medan kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dan kreativiti mereka serta bersaing secara sihat menerusi bengkel dan pertandingan ini.
  5. Menggalakkan murid-murid di Langkawi, Kedah mempertingkatkan budaya reka cipta, pemikiran kritis dan inovatif dalam bidang sains dan teknologi.

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Mohd Shah
Kampong Baharu
13300, Tasek Gelugur
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045731518
Fax = 6045731518

Pautan luar

sunting