Sekolah Kebangsaan Meru
Sekolah Kebangsaan Meru atau nama ringkasnya SK Meru, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Persiaran Hamzah Alang.
Sekolah Kebangsaan Meru | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Persiaran Hamzah Alang, KLANG, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 333923910/0182688619 |
Kod sekolah | BBA0030 |
Pengerusi PIBG | En Zaifun Nizam bin Ramli |
Guru besar | En Mohd Yazid@Mohd Paisal bin Mohamad Kamin |
Faks | 333923910 |
Pada 2023, Sekolah Kebangsaan Meru memiliki 1047 pelajar lelaki dan 962 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2009 orang. Ia mempunyai seramai 116 orang guru.
SK Meru juga mempunyai mempunyai kelas Pendidikan Khas (PPKI) untuk masalah pembelajaran dan pra sekolah.OKT 2023
Sejarah
suntingSekolah Kebangsaan Meru telah ditubuhkan pada bulan Disember 1994. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Jalan Tap dan telah ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Meru (Jalan Tap).
Di awal pembukaan sekolah mempunyai lebih kurang seramai 500 orang murid dan berkeluasan 10 ekar. Sekolah ini juga merupakan sebuah Sekolah Gred A.
Mempunyai 2 buah bangunan 3 tingkat dan 1 bangunan 1 tingkat di awal penubuhannya. Bagi menampung kapasiti murid yang kian bertambah, sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah dibina pada 2008 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 2010.
Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mula dijalankan pada 2010 yang menempatkan 11 orang murid. Selain itu, dua buah kelas Prasekolah yang menempatkan 50 orang murid mula dijalankan pada awal persekolahan 2003.
Pada tahun 1995, PIBG SK Meru telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan no.Pendaftaran SEL 848. Julung kalinya PIBG SK Meru telah mengadakan Program Kayuhan 1 Meru yang bertujuan mengumpul dana bagi pembinaan surau SK Meru yang dibina untuk kemudahan warga SK Meru khasnya.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Meru
- Persiaran Hamzah Alang
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 333923910/0182688619
- Fax = 333923910