Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya
Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya atau nama ringkasnya SKMJ, dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bebar, merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Kg. Kajang Merchong, Pekan, Pahang.
Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kg. Kajang, Pekan, Pahang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Usaha Maju Jaya |
Ditubuhkan | 1928 |
Nombor sekolah | 01165732133 |
Kod sekolah | CBA5044 |
Pengerusi PIBG | Encik Tahir bin Ali |
Guru besar | Encik AHMAD IMRAN BIN MD ISA |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Nor Zafirahanis binti Abdul Manan |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan MARIANA BINTI KAMAROHZAMAN |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Fadlul Adli bin Abd Razak |
Faks | 01165732166 |
Pada 2017, Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya memiliki 429 orang pelajar lelaki dan 364 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 793 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2017
Sejarah
suntingSekolah Kebangsaan Merchong Jaya (SKMJ), dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Bebar (SK Bebar), telah didirikan pada tahun 1928. Guru besar pertama sekolah ini ialah En. Khalid bin Abu Bakar dengan seorang guru dan muridnya seramai 50 orang. Sekolah ini terletak di Kampung Kajang, Merchong dan jaraknya ke PPD Pekan ialah 55 km. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.[1]
Pernah satu ketika, sekolah ini hampir ditutup kerana kekurangan murid. Pertambahan murid dari semasa ke semasa dengan mendadak disebabkan kemasukan petani-petani dari Kedah yang dibawa masuk untuk pembukaan tanah dan pengusahaan sawah padi, kolam udang, ladang kelapa sawit, dan pokok kenaf.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya
- Kg. Kajang,
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 60941275939
- Faks = 6094127827