Sekolah Kebangsaan Machang (1)
Sekolah Kebangsaan Machang (1) atau nama ringkasnya SK Machang (1), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kota Bharu.
Sekolah Kebangsaan Machang (1) | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Kota Bharu, 18500, Machang,, Kelantan Darul Naim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6099751201 |
Kod sekolah | DBA2172 |
Guru besar | Azmi bin Abdullah |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Norhayati bin Abdul Halim |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Nooris binti Zakaria |
Penolong Kanan Kokurikulum | Zulkifli bin Daud |
Faks | 6099750211 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Machang (1) memiliki 455 pelajar lelaki dan 446 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 901 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009
Sejarah
sunting- Sekolah Kebangsaan Machang telah diasaskan dan dibuka pada tahun 1915.
- Pengasas Sekolah ini ialah Almarhum Tengku Chik Bengkeng.
- Jenis bangunan, 2 buah bangunan daripada kayu bulat beratapkan daun sagu di atas Lot 259 dengan keluasan tapak 4 ekar 320 depa.
- Pada tahun 1946 ia diganti dengan 2 buah bangunan baru kayu gergaji tetapi masih beratapkan daun sagu.
- Tahun 1950 sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan khas untuk murid perempuan.
- Tahun 1954 Sekolah Kebangsaan Machang ditumpangi oleh Hamzah Primary School pada sidang petang.
- Pada tahun 1957 & 1958 kelas tujuh diadakan kepada murid-murid lulus darjah 6.
- Tahun 1960 Sekolah Menengah lanjutan ditubuhkan dan bangunannya didirikan di satu sudut tapak sekolah ini kemudian bangunannya diserah kepada sekolah ini selepas mendapat tapak dan bangunannya sendiri.
- Pada tahun 1 Januari 1992 Sekolah Kebangsaan Machang dipecahkan kepada dua pentadbiran iaitu Sekolah Kebangsaan Machang (1) dan Sekolah Kebangsaan Machang (2).
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Machang (1)
- Jalan Kota Bharu
- 18500, Machang
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = 6099751201
- Fax = 6099750211