Sekolah Kebangsaan Ladang
Sekolah Kebangsaan Ladang merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Sekolah Kebangsaan Ladang | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Sultan Zainal Abidin,, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | USAHA BERJAYA |
Nombor sekolah | 096221716 |
Kod sekolah | TBA3007[1] |
Pengerusi PIBG | Tuan Haji Wan Amal Firdaus bin Wan Muhammad |
Guru besar | Puan Ros Haya binti Aziz |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Azizam bin Ibrahim |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Zalina binti Razali |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Azli Sham bin Abdul Wahab |
Faks | 096226269 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Ladang |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google |
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Ladang
- Jalan Sultan Zainal Abidin ,
- Kuala Terengganu ,
- Terengganu Darul Iman,
- Malaysia
- Telefon = 096221716
- Fax = 096226269
Sejarah
suntingSekolah Kebangsaan Ladang mula ditubuhkan pada tahun 1926 yang terdiri dari sebuah bangunan sekolah yang diperbuat daripada separuh simen dan separuh kayu. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di daerah Kuala Terengganu selain daripada Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jambul (kini telah dijadikan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Durian Burung).
Pada awal penubuhannya bilangan kelas yang dibuka hanyalah 4 buah kelas dengan keramaian pelajar seramai 66 orang. Tengku Md Tahir bin Sulong telah dilantik sebagai Guru Besar pertama bagi menerajui sekolah ini.
Pada tahun 1955, bilangan kelas semakin bertambah kesan daripada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Dua Sesi persekolahan terpaksa dijalankan kerana kekurangan bilangan kelas. Kesan daripada pertambahan bilangan murid-murid menyebabkan kelas tidak mencukupi. Lantaran itu pada tahun 1968, dua buah bangunan baru telah dibina bagi menampung bilangan murid-murid. Setelah siapnya bangunan tersebut, bangunan sekolah yang lama telah dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan yang baru. Setelah kesemua bangunan siap dibina, pada 4 Mei 1971 Sekolah Kebangsaan Ladang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Hussein bin Onn iaitu Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ladang memiliki 203 pelajar lelaki dan 161 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 364 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009
Pada tahun 2023, bilangan tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Ladang adalah 37 orang guru iaitu 14 orang guru lelaki dan 23 orang guru perempuan. Sekolah Kebangsaan Ladang mempunyai seorang pembantu tadbir dan seorang pembantu operasi. Di samping itu, Sekolah Kebangsaan Ladang juga mempunyai lima orang pekerja swasta untuk membantu membersihkan kawasan sekolah dan 4 orang pengawal keselamatan. Bilangan murid Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam pada tahun 2023 ialah seramai 413 orang murid. 388 orang murid aliran perdana dan pendidikan khas (masalah pembelajaran) manakala 25 orang murid prasekolah.
Kebanyakan murid-murid di sini tinggal di persekitaran sekolah dan ada juga yang tinggal jauh dari sekolah. Murid-murid yang tinggal berjauhan ini ialah anak-anak pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja berhampiran dengan sekolah. Ramai di antara murid-murid yang tinggal berhampiran atau sekitar kawasan sekolah datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka bekerja sendiri (peniaga kecil), buruh, nelayan dan lain-lain. Sebahagian murid-murid yang belajar di sini terdiri daripada anak-anak pegawai kerajaan yang bekerja di pejabat-pejabat yang terdapat di sekitar kawasan sekolah.