Sekolah Kebangsaan Kemendor
Sekolah Kebangsaan Kemendor atau nama ringkasnya SK Kemendor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Tun Ghafar Kemendore.
Sekolah Kebangsaan Kemendor | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Felda Tun Ghafar Kemendore, 77000, Jasin,, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6065295110 |
Kod sekolah | MBA1017 |
Faks | 6065295110 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kemendor memiliki 162 pelajar lelaki dan 135 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 297 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009
Sejarah
suntingRingkasan Sejarah SK Kemendor
Sekolah Kebangsaan Kemendor telah diasaskan pada tahun 1960.
Tiga orang guru telah ditempatkan untuk mengajar di sekolah ini :
i.Tuan Hj Tawi b. Yaakob(Guru Besar)
ii.Tuan Hj Kidam b. Saamin
iii. Pn. Hjh Saeiyah bte Yaakob
Rumah panjang berhampiran dengan pejabat Felda yang mana asalnya, rumah pasukan keselamatan Polis Hutan telah diizinkan oleh pihak pengurus untuk dijadikan bilik darjah.
Pengajaran dan pembelajaran telah bermula pada hari Ahad bersamaan 17.04.1960 dengan keramaian 73 orang murid yang dibahagikan kepada tiga kelas :
i. Darjah 1 = 30 orang murid
ii. Darjah 2 = 23 orang murid
iii. Darjah 3 = 20 orang murid
Sekolah baru berbentuk separuh kekal telah digunakan, di atas tapak seluas 8.3080 ekar pada 05.09.1960.
12.05.1963 sekolah tambahan sebanyak tiga bilik darjah telah digunakan.Pada 03.01.1979 bangunan sekolah blok C, bangunan tambahan 5 bilik darjah telah digunakan.
Pada 01.04.1979 tertubuh sebuah Sek. Ren. Jen. Keb(Cina) Kemendor di bawah pentadbiran seorang Guru Besar
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Kemendor
- Felda Tun Ghafar Kemendore
- 77000, Jasin
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 6065295110
- Fax = 6065295110