Sekolah Kebangsaan Kebagu
Sekolah Kebangsaan Kebagu atau nama ringkasnya SK Kebagu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Menggatal, Kota Kinabalu. Sekolah ini terletak berhampiran dengan Universiti Malaysia Sabah iaitu kira-kira 8.3 kilometer dari Pintu Gerbang Utama Universiti Malaysia Sabah.
Sekolah Kebangsaan Kebagu | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Peti Surat 14649, 88853, Kota Kinabalu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6088438400 |
Kod sekolah | XBA4012 |
Faks | 6088438400 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kebagu memiliki 148 pelajar lelaki dan 146 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 294 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009
Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Kebagu memiliki 607 orang murid yang terdiri daripada 557 murid aliran perdana dan 50 orang murid prasekolah. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2024
Sejarah
suntingNama asal sekolah ini adalah Native Voluntary School Kebagu (NVS).
Didirikan pada tahun 1963 di bawah Sistem Pendidikan Kolonial.
Penubuhan sekolah ini adalah atas usaha dua tokoh tempatan iaitu Ketua Anak Negeri Tuan Haji Arif bin Dayan Nasalludin dan K. K. Haji Taib bin Insu.
Didirikan secara gotong-royong bersama penduduk tempatan. Pada tahun 1965 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Kebagu (SRK Kebagu) dan kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kebagu (SK Kebagu).
Sekolah ini telah dirasmikan pada 27 Julai 1985 oleh Dr. Haji Isa Ramli, Pengarah Pendidikan Sabah.
Sejarah Pentadbir
sunting- MOHAMMAD BIN JOHAR (1963 - 1964)
- MASRI BIN AHMAD (1964 - 1965)
- JUMAR BIN BAYAT (1965 - 1966)
- HJ. ZAKARIA BIN ISMAIL (1966 - 1969)
- TIARAH BTE KUNSARAN (1969 - 1970)
- MOHD. GOS BIN SULAIMAN (1970 - 1973)
- HJ. ZAKARIA BIN ISMAIL (1974 - 1997)
- RAHMAT BIN WAHAB (1997 - 2002)
- AG. LAHAB BIN PG. NASARUDIN (2002 - 2003)
- JERY M. INGGANG (2003 - 2009)
- NUR HAMIDAH ABDULLAH (2009 - 2010)
- SANI BRANDI (2011 - 2016)
- BINUKAT @ HAMIDAH BINTI RUMPI (2016 - 2018)
- MAZLAN BIN OSMAN (2018 - 2021)
- ROSMAT BIN NAPIU @ APIU (2021 - KINI)
Lagu Sekolah
suntingGemilang Sekolahku
Usaha, giat dan maju
Teras gemilang sekolahku
Seiring cita-cita padu
Tercipta di SK Kebagu
Di sini tempat puncak ilmu
Inilah sekolahku syurgaku
Lahirkan generasi berilmu
Bakal peneraju di mercu
(Korus)
Kita tekun berusaha hingga ke puncak jaya
Doa diiringi restu ayah dan bonda
Guru-guru tercinta
Gemilang abadi
Usaha, giat dan maju
Teras gemilang sekolahku
Seiring cita-cita padu
Tercipta di SK Kebagu
Gemilang Sekolahku
Pencipta lagu: Encik Mohammad Hilmi bin Ismail
Penulis lirik: Cik Muly Chin
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Kebagu
- Peti Surat 14649
- 88853, Kota Kinabalu
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 6088438400
- Fax = 6088438400