Sekolah Kebangsaan Kati

Sekolah Kebangsaan Kati atau nama ringkasnya SK Kati, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Besar Kati.

Sekolah Kebangsaan Kati
Lokasi
Jalan Besar Kati, 33020, Kuala Kangsar,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan KerajaanSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBelajar Hingga Berjaya
Nombor sekolah6057520690
Kod sekolahABA4015
Pengerusi PIBGENCIK MOHD NOR BIN HASSAN
PengetuaENCIK MOHD SAYUTI BIN AHMAD
GPK Pentadbiran dan AkademikENCIK MOHD BADRUL HISAM BIN HAMIDI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
Penolong Kanan KokurikulumENCIK ABDUL A'ZIM BIN ZAINUDIN
Faks6057520690
Laman sesawang


Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Kati memiliki 121 pelajar lelaki dan 122 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 243 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2024

Sejarah

sunting
  • Sekolah Kebangsaan Kati, Kuala Kangsar terletak di atas Lot no.4438. 1965 dan 2045 ( Mukim Kota Lama Kiri ). Seluas SE.OOR.28P adalah lanjutan daripada Sekolah Melayu Kampung Kati yang pertama didirikan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1897. Sekolah Melayu Kampung Kati yang pertama didirikan itu merupakan bangunan kayu, beratap genting dan berdinding tepas beranyam. Bangunan ini bertiang batu dan berlantai simen berukuran 20 kaki lebar dan 60 kaki panjang (PWD 299 ). Tapaknya adalah  di atas tanah kerajaan negeri yang diwartakan. Terletak di tengah Pekan Kati sekarang. Bersama-sama dengan bangunan ini juga didirikan dua buah rumah guru yang berhampiran dengan bangunan sekolah ini ( PWD 301 dan PWD 302 ). Buat permulaannya di bangunan sekolah inilah  seramai 20 orang murid telah mendaftarkan diri yang terdiri daripada murid lelaki dan murid perempuan. Guru Besar yang pertama ialah En. Megat Yeop b. Abu Bakar. Beberapa tahun kemudian, murid-muridnya bertambah . Bangunan asal telah menjadi semakin sempit. Pihak jawatankuasa sekolah yang terdiri daripada kalangan ibu bapa telah mengadakan pungutan derma untuk membeli pelbagai peralatan  membina bangunan tambahan. Di atas usaha gigih inilah, maka bangunan tambahan telah dapat didirikan. Setelah tamatnya Peperangan Dunia Kedua, perkembangan pelajaran telah berubah corak. Bidang pelajaran telah menjadi sangat penting. Bilangan murid semakin bertambah dengan bilangan bilik darjah semakin terhad. Pihak jawatankuasa sekolah telah mencari modal untuk membina lebih banyak bangunan tambahan supaya persekitaran pembelajaran lebih selesa dan berkesan. Pertengahan 50-an telah menunjukkan peningkatan kesedaran ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Bilangan murid telah mencecah kepada angka ratusan . Oleh itu, pihak jawatankuasa sekolah telah menetapkan murid perempuan di bawah pengawasan Guru Besar perempuan dan murid lelaki di bawah pengawasan Guru Besar Lelaki. Setelah Negara mencapai Kemerdekaan, satu lagi kawasan baru telah diteroka bagi menempatkan bangunan tambahan sekolah ini.  Di atas bangunan inilah ibu bapa serta orang ramai dan penduduk kampung telah mengadakan pungutan derma dan berkorban apa saja untuk mendirikan sekolah tambahan yang amat diperlukan ketika itu. Titik peluh dan segala pengorbanan telah menjadi kenyataan.

Pencapaian 2024

sunting
Sekolah Kebangsaan Kati
Jalan Besar Kati
33020, Kuala Kangsar
Perak,   Malaysia
Telefon = 6057520690
Fax = 6057520690

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Kati
Jalan Besar Kati
33020, Kuala Kangsar
Perak,   Malaysia
Telefon = 6057520690
Fax = 6057520690

Pautan luar

sunting