Sekolah Kebangsaan Kampung Medan
Sekolah Kebangsaan Kampung Medan atau nama ringkasnya SK Kampung Medan (SKKM), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Batu 9 Kampung Medan Telok Panglima Garang.
Sekolah Kebangsaan Kampung Medan | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Batu 9 Kampung Medan Telok Panglima Garang, BANTING, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Carpe Diem (Cemerlang Bersama) |
Ditubuhkan | 1 Mei 1980 |
Nombor sekolah | 03-31228721 |
Kod sekolah | BBA1032 |
Guru besar | Puan Nor Suhaida Binti Saufi |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Asuza binti Abdul Hamid |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Noor Hikmah binti Yusop |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Hamaran bin Mohamed Ariff |
Sekolah Kebangsaan Kampung Medan ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Mei 1980 tetapi menumpang di Sekolah Rendah Agama Kampung Medan. Pada 23 Mac 1983, satu blok bangunan kekal (Blok A) mengandungi 8 buah bilik darjah siap dibina di kawasan seluas 10.2 ekar dan kini mempunyai 4 blok bangunan.
Sekolah ini telah dipimpin oleh 7 orang guru besar lelaki sebelum ini dan Guru Besar yang ke 8 adalah seorang Guru Besar wanita. Pada 2021, Sekolah Kebangsaan Kampung Medan memiliki 1002 pelajar termasuk pra sekolah. Ia mempunyai seramai 57 orang guru dan 8 orang kakitangan sokongan.
Sejarah
suntingSEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MEDAN
01.05.1980 – Sekolah Kebangsaan Kampung Medan ditubuhkan dengan rasminya, tetapi menumpang di Sekolah Rendah Agama Kampung Medan.
01.05.1980 – Sekolah dibuka hari pertama dengan pendaftaran murid seramai 210 orang dan 9 orang tenaga pengajar (guru).
23.03.1983 – Satu blok bangunan kekal (Bloak A) mengandungi 8 bilik darjah telah siap dibuna di kawasan seluas 10.2 ekar.
15.06.1987 – Satu blok bangunan (Blok B) satu tingkat, 4 bilik darjah siap dibina secara bergotong-royong.
01.08.1995 – Satu blok bangunan tambadan (Blok C), 2 tingkat mengandungi 10 bilik darjah mula digunakan.
01.11.1996 – Astaka ditempatkan perhimpunan siap dibina, sumbangan oleh YB Dato’ Abdul Fatah Bin Hj Iskandar (EXCO Kerajaan Negeri Selangor)
01.02.1998 – Surau sekolah siap dibina (Surau Al-Falah). Sumbangan YB Dato’ Syed Mohamad Albar (Menteri Pertahanan Malaysia)
01.10.1998 - Satu blok tambahan ( Blok Baru) 3 tingkat, 8 blik darjah mula dibina.
04.01.1999 – Balai serbaguna sekolah telah diap dibina sumbangan YB Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan)
Mantan Guru Besar SK KG Medan
1. Tn. Hj. Agus Salim bin Bait@Taib - 15/04/1980 hingga 30/08/1987
2. Tn. Hj. Mohamed bin Othman - 01/10/1987 hingga 23/05/1995
3. Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat - 16/06/1995 hingga 02/11/2000
4. En. Yahya bin Om - 16/02/2001 hingga 12/02/2002
5. Tn. Hj. Mohd Yusof bin Sanib - 16/10/2002 hingga 01/03/2006
6. Tn. Hj. Shaffei bin Mohamad - 16/04/2006 hingga 31/3/2014
7. Tn. Hj. Rosman bin Painudy - 1/4/2014 hingga 2/5/2019
8. Pn. Nor Suhaida binti Saufi - 18/6/2019
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Kampung Medan
- Batu 9 Kampung Medan Telok Panglima Garang
- Selangor, Malaysia
- Email Rasmi: BBA1032@moe.edu.my
- Telefon = 03-31228721