Sekolah Kebangsaan Green Road

sekolah kebangsaan

Sekolah ini ditubuhkan pada 1968,di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Kuching ( KMC ).Bagunan asal satu blok daripada konkrit dibina di atas sebidang tanah dengan keluasan 8745.0 meter persegi.Guru Besar pertamanya ialah Encik Ong Soo Yen dan dibantu oleh 7 orang guru dan jumlah kelas pada waktu itu ialah enam buah kelas sahaja.Sekolah Rendah Kerajaan Green Road kerana terletak di kawasan Jalan Green Kuching.Lima belas tahun kemudian,iaitu pada tahun 1983,sekolah ini telah dinaik taraf dari sekolah gred B kepada sekolah gred A.Sekolah ini terdiri daripada dua buah blok konkrit tiga tingkat.Sebuah blok khusus menempatkan dua belas bilik darjah berserta tandas murid dan guru.Sementara sebuah blok lagi adalah untuk blok pentadbiran di tingkat satu,bilik guru dan bilik sumber.Tingkat dua untuk perpustakaan dan makmal sains dan tingkat bawah untuk bilik guru dan bilik pemulihan.Menjelang tahun 1980an,sekolah ini semakin bertambah dan jauh melebihi persediaan fizikal yang ada.Sebagai satu penyelesaian,sekolah ini dijalankan secara dua sesi pagi dan petang dengan 24 buah kelas.Pada tahun 1987,Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) telah ditubuhkan sebagai usaha membantu sekolah dalam mempertingkatkan pencapaian akademik,kokurikulum dan kemudahan fizikal sekolah.Hasil usaha dan inisiatif ahli jawatankuasa PIBG,sekolah ini telah dilengkapi dengan sebuah surau dan dewan serbaguna.Kedua-du bangunan ini telah dimanfaatkan oleh sekolah untuk proses pengajaran dan pembelajaran agama Islam dan kawasan permainan dan akitiviti kokurikulum

Lagu sekolah

sunting

BERUSAHA BERBAKTI

Berusaha Berbakti

Cogan Yang Kami Jadikan Pedoman

Berusaha Sentiasa

Menuju Cita-Cita

SK Green Road Dikaulah

Cahaya Masa Depan

Jasamu Takkan Kami Lupakan

Majulah SK Green Road

Majulah

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Green Road
D/A Pej. Pel. Gab.Kch Jln Diplomatk Off Jln Bako
93677, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082241943
Fax = 6082241943

Pautan luar

sunting