Sekolah Kebangsaan Gersik


Sekolah Kebangsaan Gersik atau nama ringkasnya SK Gersik, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak Jalan Gersik dan beralamat di D/A Pejabat Pendidikan Daerah Kuching,Jln Diplomatik Off Jln Bako.

SK Gersik 1963

Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Gersik memiliki 250 pelajar lelaki dan 227 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 477 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2024

Sejarah

sunting

Sekolah Kebangsaan Gersik merupakan antara sekolah yang terdapat di Bandaraya Kuching semasa zaman pemerintahan British. Sekolah ini mula ditubuhkan sekitar tahun 1925-1930-an di tebingan sungai Sarawak dengan nama “Gersek School”. Sekolah ini ditubuhkan atas berkat dan usaha Dato Menteri Abang Haji Zen bin Salleh dan juga merupakan ‘Head Master’ pertama. Di awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai 6 orang guru dan 50 orang murid.


Pada 1963 sekolah ini telah berpindah ke lokasi yang baharu dan dikenali sebagai Gersik D.C. School. Sekolah ini mempunyai 1 bangunan konkrit dan dilengkapi dengan prasarana yang mencukupi. Kedudukannya di atas bukit menjadikan sekolah ini unik dimana pemandangan bandar Kuching dapat dilihat. Pada sekitar tahun 1970an, nama sekolah ini telah ditukar dan dikenali dengan nama Sekolah Rendah Kerajaan Gersik. Atas faktor pertambahan murid yang semakin ramai, 1 blok bangunan baharu telah dibina untuk menampung jumlah murid.


Pada 27 Mei 2015, SK Gersik sekali lagi telah berpindah ke tapak baharu di Lot 9369, Jalan Gersik dengan keluasan 4.2 ekar.  Kini SK Gersik telah beroperasi  satu sesi persekolahan bermula dari pra sekolah, Tahun 1 hingga tahun 6 dan kelas PPKI. Tenaga pengajar seramai 32 orang, 4 orang anggota pelaksana dan 477 orang murid (statistik hingga Februari 2025).

BARISAN GURU BESAR SK GERSIK

NAMA TAHUN
KAMEL BIN BUJANG 70-an
ABANG ISMAIL BIN ABANG ALI BASHA 70-an
TN HAJI HASLI BIN AYUP 1989 - 90-an
JAAYAH BINTI HASSAN 90-an
HAJAH JAMILAH BINTI HAJI MATASAN 1990-an - 2007
ITHNAINI BINTI TAHIR 2007 - 2009
HAJI RAPAIEE BIN HAJI SABOL 2009 – 2017
HASHIM BIN SELI 2017 - 2021
ABDUL KADIR BIN HAJI MADELI 2021 - 2022
MOHAMMAD HASBULLAH BIN JON 2023 - KINI

Pencapaian

sunting

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Gersik
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Kuching,Jln Diplomatik Off Jln Bako.
93050, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 082-440531
Fax = 6082440531

Pautan luar

sunting