Sekolah Kebangsaan Garau

Sekolah Kebangsaan Garau atau nama ringkasnya SK Garau, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kudat Peti Surat 570.

Sekolah Kebangsaan Garau
Lokasi
 Malaysia Kudat Peti Surat 570, 89058, Kudat,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA5094
Faks637006


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Garau memiliki 110 pelajar lelaki dan 83 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 193 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah

sunting

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH SEKOLAH

1. 1978 - Mula dibina dengan sebuah bangunan sekolah 3 bilik darjah dan sebuah bilik guru. Bersama-sama dengan ini adalah didirikan dua unit bangunan bumah guru.

2. 1980 - Sekolah mula dibuka dengan rasminya pada bulan Januari bermula dengan kelas darjah 1 dan pada ketika itu pelajarnya hanya berjumlah 28 orang sahaja

3. Lokasi- SK.Garau terletak di Kg.Narandang Kudat iaitu 45 KM dari PPD Kudat. Sekolah ini tidak dapat diletakkan di Kampung Garau disebabkan tidak terdapat tapak yang sesuai untuk pembangunan sekolah.� Ketua Kampung Kg.Narandang iaitu En Kuliza Kuriyou adalah orang yang bermurah hati untuk memberikan sebahagian tanahnya untuk pembangunan SK.Garau, Kudat. Kawasan keseluruhan SK.Garau ialah seluas 6 ekar.

4. SK.Garau yang terletak di Kampung Narandang dikelilingi oleh 4 buah kampung lain yang berhampiran (bersempadan) iaitu Kg.Garau, Kg.Kabangaan, Kg.Kiopu dan Kg. Pinorat. Murid-murid yang menuntut disekolah ini datangnya dari 5 buah kampung tersebut (Kg.Narandang, Kg.Garau, Kg.Kabangaan, Kg.Kiopu dan Kg. Pinorat).

5. Hampir seratus peratus pelajar yang bersekolah di sekolah ini adalah datangnya dari kalangan kaum Rungus yang juga merupakan kaum yang terbesar di daerah Kudat. Kebanyakan ibu bapa pelajar pula bekerja sebagai petani dan sebilangan kecil berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan swasta.

6. Pada tahun 1985 sebuah blok bangunan sekolah dan sebuah rumah guru berkembar 2 unit didirikan. Bangunan sekolah tersebut dibuat dengan 3 buah bilik pembelajaran dan sebuah bilik guru. Pada masa ini bilik guru yang terdahulu telah dijadikan bilik Pusat Sumbersekolah.

7. Setiap tahun bilangan pelajar bertambah sehinggalah pada hari ini jumlahnya telah mencapai dua ratus ke atas.

8. Pada tahun 2002 sebuah lagi bangunan Prasekolah didirikan oleh Kementerian Pendidkan dan siap sepenuhnya pada hujung tahun berikut. Prasekolah telah mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2003 dengan bilangan pelajar pertama seramai 32 orang kesemuanya

Pencapaian

sunting

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Garau
Kudat Peti Surat 570
89058, Kudat
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = 637006

Pautan luar

sunting