Sekolah Kebangsaan Fakeh Abd. Samad
Sekolah Kebangsaan Fakeh Abd. Samad atau nama ringkasnya SK Fakeh Abd. Samad, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Gambang.
Sekolah Kebangsaan Fakeh Abd. Samad | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Gambang, KUANTAN, Pahang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6095385281 |
Kod sekolah | CBA4013 |
Faks | 6095393169 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Fakeh Abd. Samad memiliki 750 pelajar lelaki dan 722 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1472 orang. Ia mempunyai seramai 91 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah ini telah didirikan dalam tahun 1954 (sesiapa mengetahui tarikh sebenar sila edit) dengan nama Sekolah Kebangsaan Batu Lapan,(SKBL), Jalan Gambang Kuantan. Sekolah ini pada mulanya terdiri dari dua blok bangunan satu tingkat. Pada tahun 60 an SKBL adalah satu-satu nya sekolah kebangsaan bagi penduduk disekitar batu 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 dan 12 Jalan Gambang-Kuantan. (Sekolah ini telah meraikan Majlis Jubli Emas pada tahun 1981).
Pencapaian
suntingSekolah ini dan guru-gurunya telah banyak berjasa kepada penduduk disekitarnya dalam mendidik anak bangsa dari mula ditubuhkan hinggalah sekarang. Dari tahun 60 an hingga sekarang ramai pelajar-pelajar dari sekolah ini telah melanjutkan pelajaran kesekolah-sekolah menengah berasrama penuh seperti Sek Tunku AbdulRahman IPOH, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Menengah Sains dan MRSM diseluruh negara. Ramai dari anak-anak didik lepasan sekolah ini telah menjadi guru, pegawai-pegawai kerajaan, pensyarah dan professor di univesiti-universiti tempatan. Disamping itu sekolah ini juga telah melahirkan ramai ahli perniagaan yang berjaya dan pemimpin-pemimpin disemua lapisan masyarakat dan negara.
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Fakeh Abd. Samad
- Jalan Gambang
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6095385281
- Fax = 6095393169