Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Baginda
Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Baginda atau nama ringkasnya SK Datuk Hj Baginda, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 14, Kampung Umbai, 77300 Merlimau, Melaka.
Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Baginda | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Km 14, Kampung Umbai, 77300, Merlimau,, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6062610317 |
Kod sekolah | MBA1077 |
Faks | 6062610317 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Baginda memiliki 266 pelajar lelaki dan 238 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 504 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah ini telah diasaskan oleh seorang tokoh masyarakat tempatan yang dikenali dengan nama Datuk Haji Baginda Bin Abdul Jalil pada tahun 1890, berkonsepkan sebuah sekolah pondok. Gelaran ‘datuk’ diberikan oleh anak-anak buahnya berdasarkan kewarakan dan kegigihan beliau mencurahkan bakti kepada masyarakat. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1952 ketika berusia 92 tahun.
Daripada sebuah sekolah pondok yang serba kekurangan, binaan sekolah ini telah digantikan dengan separuh kekal pada tahun 1926 terdiri daripada dua buah bilik darjah dengan bentuk yang sama, dan pada tahun 1971 kerajaan telah membina sebuah bangunan baru dua tingkat mengandungi enam bilik darjah.
Nama sekolah ini juga telah ditukar daripada nama asalnya, Sekolah Melayu Umbai kepada Sekolah Kebangsaan Umbai yang kemudiannya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda sempena nama tokoh di atas dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohammad Bin Yaakob, Menteri Pelajaran ketika itu.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Baginda
- Km 14, Kampung Umbai
- 77300, Merlimau
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 6062610317
- Fax = 6062610360