Sekolah Kebangsaan Chedong Jaya
Sekolah Kebangsaan Chedong Jaya atau nama ringkasnya SK Chedong Jaya, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Pekan Tajau. Pada awalnya sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka pada tahun 2002 kerana bangunan sekolah belum diluluskan. Pada tahun 2003, sekolah ini mula beroperasi di bangunannya sendiri dengan jumlah guru seramai 13 orang dan pelajar 139 orang. Pada tahun 2010, Sekolah Kebangsaan Chedong Jaya memiliki 92 pelajar lelaki dan 84 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 176 orang dan 21 orang guru. Pada tahun 2011 bilangan guru sekolah ini telah bertambah kepada 28 orang dengan 6 orang staff. Menjelang tahun 2012 pelajarnya bertambah kepada 194 orang dan 2013 kepada 203 orang.
Sekolah Kebangsaan Chedong Jaya | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Membina kecemerlangan menyeluruh |
Ditubuhkan | 1 Januari 2002 |
Nombor sekolah | 6094777262 |
Kod sekolah | CBA9152 |
Pengerusi PIBG | En. M. Yassin bin Khamis |
Pengetua | En. Ibrahim bin Mohd Radzi (DGA 34) |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Suhaiza bin Zainal Abidin (DG 41) |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En.Zulkornain bin Othman (DGA 34) |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Hjh.Sharifah bt. Jamaludin (DGA 34) |
Faks | 6094777262 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Chedong Jaya |
Pada tahun 2013, sekolah ini telah mencatat kejayaan paling cemerlang dalam peperiksaan UPSR apabila menduduki ranking ke 5 negeri Pahang (di belakang sekolah SISP) dengan memeperoleh 100% lulus dan GPS 1.34. Seramai 6 pelajar memperoleh 5A dan 4 orang memperoleh 4A1B. Subjek Sains mencatat sejarah tersendiri apabila mencatat 10 tahun berturut-turut lulus 100%.
Sekolah ini merupakan penerima anugerah New Deal (Tawaran baru Guru Besar)bagi tahun 2010,2011 dan 2012. Ia berada di kedudukan ranking ke 60/7697 (Band 1) pada 2011, 99/7697 (Band 1) pada 2012 dan 194/1969 pada 2013 (Band 1) di Malaysia. Dicalonkan sebagai sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan bagi sesi 2011 dan 2012. Moto sekolah "Membina Kecemerlangan Menyeluruh".
Sejarah
suntingPencapaian
sunting- UPSR 2010
- Bil Calon : 27 orang
- Bil lulus : 27 orang (100%)
- GPS : 1.51
- Bil 5A : 9 orang
- Bil 4A 1B : 5 orang
- Bil 4A 1C : 1 orang
- Bil 3A 2B : 3 orang
- Pencapaian UPSR 2011
- Bil calon : 26 orang
- Bil lulus : 24 orang (94%)
- GPS : 1.74
- Bil 5A : 2 orang
- Bil 4A 1B : 7 orang
- Bil 3A 2B : 3 orang
- Pencapaian UPSR 2012
- Bil calon : 25 orang
- Bil lulus : 24 orang (96%)
- GPS : 1.64
- Bil 5A : 3 orang
- Bil 4A 1B : 5 orang
- Bil 3A 2B : 4 orang
- Pencapaian UPSR 2013
- Bil calon : 17 orang
- Bil lulus : 17 orang (100%)
- GPS : 1.34
- Bil 5A : 6 orang
- Bil 4A 1B : 4 orang
- Bil 3A 2B : 3 orang
- Bil 2A 3B : 2 orang
Ranking : Pahang (5) Maran (1) Zon Luit (1)
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Chedong Jaya
- Pekan Tajau
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6094777262
- Fax = 6094777262