Sekolah Kebangsaan Bukit Besi, Sabah
Sekolah Kebangsaan Bukit Besi atau nama ringkasnya SK Bukit Besi, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Wdt 15.
Sekolah Kebangsaan Bukit Besi | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Wdt 15, 90109, Beluran,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | TIADA |
Kod sekolah | XBA2136 |
Faks | TIADA |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Besi memiliki 15 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 35 orang. Ia mempunyai seramai 7 orang guru.2009
Sejarah
suntingBangunan SK Bukit Besi ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Alwi Haji Ahmad, Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah pada hari Selasa 7 Oktober 1986. Merujuk warga Bukit Besi, tapak yang ada sekarang merupakan tapak ke-2. Tapak lama sekolah dan perkampungan sebenarnya memakan masa 15 minit mudik ke hulu dari tapak yang ada sekarang. Mengikut sumber, murid awal sekolah ini yang sekarang menjadi guru di sekolah ini, sekolah ini telah dibuka sejak tahun 1969. Dengan bangunan kayu. Penghijrahan sekolah sebenarnya mengikut pergerakan warga Kampung Bukit Besi. Bangunan konkrit yang menempatkan 6 buah kelas yang ada sekarang telah dibina semula pada tahun 2002 dan selesai pembinaanya pada akhir 2004. Banyak kemudahan telah diagihkan kesekolah ini termasuklah peralatan komputer dan yang terbaru adalah sumber elektrik berkuasa solar.
Maklumat Asas Sekolah Sehingga Tahun 2012:-
Nama Sekolah : SK BUKIT BESI (PPD BELURAN)
Kod Sekolah : XBA 2136
Tahun Sekolah Dibuka : 01.01.1986
Anggaran Keluasan Sekolah : 3 Ekar
Koordinat Sekolah :
X : 117.524670
Y : 5.982990
Jarak Dari PPD : 98 Kilometer
Kawasan DUN : Labuk
Kawasan Parlimen : Beluran
Nama Hutan Simpan : Hutan Simpan Bongaya (Mukim Tetabuan)
Kelas Hutan Simpan : Hutan Simpan ( Kelas 3 )
Tahun Diwartakan Sebagai Hutan Simpan :
Gred Sekolah : B
Sesi : 1 Sesi (Pagi Sahaja)
Bil. Murid : 50 Orang
Bil. Guru : 10 Orang
Bil. Bukan Guru (KTBM) : 2 Orang
Bil. Bilik Darjah : 6
Bil. Bilik Darjah Prasekolah : 1
Bil. Kelas : 7
Sumber Bekalan Elektrik : 24 Jam Solar Hibrid
Sumber Bekalan Air : Takungan Air Hujan (Rain Havester)
Kemudahan Rumah Guru : Ada
Kemudahan Kantin : Ada
Kemudahan Asrama : Tiada
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Bukit Besi
- Wdt 15
- 90109, Beluran
- Sabah, Malaysia
- Telefon = TIADA
- Fax = TIADA