Sekolah Kebangsaan Bawang Tian
Sekolah Kebangsaan Bawang Tian atau nama ringkasnya SEBATI, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di daerah Matu.
Sekolah Kebangsaan Bawang Tian | |
---|---|
Lokasi | |
Matu Malaysia D/A Pejabat Pendidikan Daerah Daro, 96200, Daro, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | TIADA |
Kod sekolah | YBB6409 |
Pengerusi PIBG | MARYAM BINTI LEN |
Guru besar | NOH BIN ABOL KASSIM |
GPK Pentadbiran dan Akademik | ZAINI BIN JULAIHI |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | YAHYA BIN LAMUJI |
Penolong Kanan Kokurikulum | MOHD JAYLALUDIN BIN BORHAN |
Faks | TIADA |
Pada tahun 2023, Sekolah Kebangsaan Bawang Tian memiliki murid perdana seramai 312 orang, murid Sekolah Pendidikan Khas (Program Pendidikan Khas Integrasi) seramai 14 orang dan murid prasekolah seramai 44 orang, menjadikan keseluruhan murid seramai 370 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru dan 8 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).2024
- Tarikh terakhir pengemaskinian: 16 Mac 2024
Sejarah
suntingSekolah Kebangsaan Bawang Tian terletak di tengah antara Kampung Bawang dan Kampung Tian, Matu. Sekolah Kebangsaan Bawang Tian pada suatu ketika dahlulu dikenali sebagai "Bawang Tian Combined School, Matu”. Ia dibina pada tahun 1964 hasil gabungan daripada dua buah sekolah, iaitu Sekolah Haji. Hashim (Kampung Tian) dan Sekolah Abang Subah (Kampung Bawang).
Para penduduk Kampung Tian dan Kampung Bawang, Matu telah bergotong-royong membina satu blok bangunan sekolah (sebuah bilik pentadbiran dan enam buah bilik kelas, satu blok rumah guru, satu blok tandas serta sebidang tanah yang sederhana luasnya). Pihak berkuasa Majlis Kerajaan Tempatan Matu menyokong usaha pembinaannya dengan cara mengadakan bahan pembinaan. Maka, terbinalah sebuah sekolah baru dengan nama "Bawang-Tian Combined School, Matu yang diterajui oleh Tuan Haji Wasli bin Taha dan diawasi oleh pihak Majlis Tempatan Matu.
Sekolah Rendah yang pertama di kampung Bawang ialah Sekolah Abang Subah. Pada masa itu, di Kampung Tian belum ada sekolah. Pelajar-pelajar pertama di Sekolah Abang Subah ialah Encik Saminan b Tinyam, Encik Zawawi b Kawi,Encik Kadir bin Kawi dan lain-lain. Kemudian, dibina Sekolah Haji Hashim di Kampung Tian yang berdekatan kawasan perkuburan. Disebabkan sesi persekolahan tidak menentu di Kampung Bawang dan Kampung Tian ketika itu, maka kedua-dua buah sekolah bersetuju untuk mengabungkan kedua-dua buah sekolah tersebut. Apabila persetujuan diperolehi untuk menggabungkan kedua-dua buah sekolah ini, maka tapak pembinaan pula menjadi masalah. Akhirnya, Haji Gani bersetuju untuk menderma tanahnya sebagai tapak sekolah baru itu. Oleh kerana sekolah ini terletak betul-betul di tengah kedua-dua buah kampung, maka Majlis Tempatan menamakan sekolah itu "Bawang Tian Combined School” yang dirasmikan oleh YAB Stephen Kalong Ningkan, ketua menteri pertama Sarawak.
Senarai Nama Guru Besar
sunting- Tuan Haji Wasli bin Taha 1964 – 1965
- Encik Augustine Itek 1966 – 1968
- Encik James Daim 1969 – 1974
- Encik Rajali bin Latif 1975
- Tuan Haji Ahmad 1975 – 1977
- Tuan Haji Lamin bin Haji Udin 1978 – 1984
- Encik Daud bin Ikram 1985 – 1989
- Tuan Haji Lamin bin Haji Udin 1990 – 1993
- Encik Abang Hashim bin Abang Solhi 1994 – 2000
- Cik Zainabun binti Tajudin 2001 – 2006
- Encik Median bin Saidi 2006 – 2015
- Encik Buang bin Maharup 2016
- Encik Ali bin Likal 2016 – 2022
- Encik Noh bin Abol Kassim 2022 - kini
- Tarikh terakhir pengemaskinian: 14 Ogos 2023
Visi, misi dan moto
suntingVisi
sunting“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
Misi
sunting“Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara”.
Moto
sunting”Usaha Itu Mulia”
Pengertian:
Matlamat persekolahan dan pendidikan di sekolah SK Bawang Tian, Matu ini adalah ke arah menghasilkan perkembangan dan kemajuan individu dalam pelbagai bidang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara
Unsur atau elemen yang paling penting lagi perlu dan berdaya memenuhi serta merealisasikan hasrat dan aspirasi ini ialah usaha yang gigih lagi bersepadu daripada semua pihak yang terlibat khususnya murid, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat dalam erti kata "Usaha Itu Mulia"
Lagu sekolah
suntingKamilah Anak Wawasan, Negara Malaysia, Bersatu Berganding Tangan, Menuju Cita Mulia.
Ilmu Penyuluh Kehidupan, Pedoman Pepanjang Masa, Bergerak Maju Terus Mara, Ke Arah Era Jaya.
SEBATI Namamu Kusanjung Tinggi, Jasamu Tetap Kukenang, Putera Puteri Rela Berkorban, Usaha Itu Mulia.
Putera Puteri Rela Berkorban Usaha.... Itu....Mulia
Piagam pelanggan
suntingBahawa kami warga SK Bawang Tian berjanji untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab kami bagi:
- Memastikan Warga Guru dan Kakitangan Sekolah ini berilmu dan berkhidmat dengan penuh tekad, iltizam dan berjanji untuk menumpukan sepenuh tenaga dan usaha secara kolabratif kepada tanggungjawab serta tugas utama (core Business) kami yang terbaik;
- Memastikan semua anak didik memperolehi pendidikan yang sempurna dan terbaik berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran/KBSR yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia;
- Memastikan semua anak didik menerima Pembelajaran dan Pengajaran dalam Budaya Belajar yang kondusif, terbaik dan terkini menjurus kepada Pusat Kecemerlangan Ilmu;
- Memastikan jalinan silaturrahim dan ukwah dengan Ibu Bapa/Penjaga termasuk masyarakat setempat dalam suasana baik selaras dengan Semangat Bermusyuarah;
- Memastikan segala keselamatan dan kebajikan anak didik sentiasa dijaga serta diberi perhatian utama;
- Memastikan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah ini bergerak menuju kepada Perkhidmatan Cemerlang sejajar dengan tuntutan Teknologi Maklumat dan Wawasan Perdana;
- Memastikan anak didik mengamalkan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia;
- Memastikan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (semua bentuk penilaian) berkualiti dan berjalan mengikut jadual serta ibu bapa/penjaga diberitahu tentang pencapaian anak-anak mereka;
- Memastikan Warga Sekolah sentiasa PEKA dan RESPONSIF kepada kehendak pelanggan secara berterusan dan memberi layanan yang terbaik dengan kadar yang segera.
- 9.1 Sentiasa memberi layanan yang mesra dan terbaik
- 9.2 Memastikan segala surat-menyurat/aduan/rayuan yang dimajukan kepada sekolah diberi layanan dalam tempoh 1 – 2 hari dari tarikh ianya diterima
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi
Perkhidmatan dan kecemerlangan akademik sekolah
suntingEnrolmen Murid 2023
Darjah | Jumlah Kelas | Jumlah Tiada Maklumat Aliran | Jumlah Lelaki | Jumlah Perempuan | Jumlah Tiada Jantina | Jumlah Beragama Islam | Jumlah Bukan Beragama Islam | Jumlah Tiada Maklumat Agama | Jumlah Tiada Maklumat Kaum | Jumlah Murid |
Tahun Satu | 2 | 0 | 33 | 19 | 0 | 52 | 0 | 0 | 0 | 52 |
Tahun Dua | 2 | 0 | 32 | 19 | 0 | 51 | 0 | 0 | 0 | 51 |
Tahun Tiga | 2 | 0 | 19 | 21 | 0 | 40 | 0 | 0 | 0 | 40 |
Tahun Empat | 3 | 0 | 30 | 27 | 0 | 57 | 0 | 0 | 0 | 57 |
Tahun Lima | 2 | 0 | 28 | 26 | 0 | 54 | 0 | 0 | 0 | 54 |
Tahun Enam | 3 | 0 | 26 | 32 | 0 | 58 | 0 | 0 | 0 | 58 |
Kelas Khas Rendah | 2 | 0 | 10 | 4 | 0 | 14 | 0 | 0 | 0 | 14 |
Jumlah | 16 | 0 | 178 | 148 | 0 | 326 | 0 | 0 | 0 | 326 |
PRA SEKOLAH | |||||||||
Nama Kelas | Jenis Aliran | Jumlah Lelaki | Jumlah Perempuan | Jumlah Tiada Jantina | Jumlah Beragama Islam | Jumlah Bukan Beragama Islam | Jumlah Tiada Maklumat Agama | Jumlah Tiada Maklumat Kaum | Jumlah Murid |
PRASEKOLAH ASPIRASI | 5 | 17 | 0 | 22 | 0 | 0 | 0 | 22 | |
PRASEKOLAH BESTARI | 11 | 11 | 0 | 22 | 0 | 0 | 0 | 22 | |
JUMLAH | 16 | 28 | 0 | 44 | 0 | 0 | 0 | 44 |
Nama Kelas | Bilangan Kelas | Jumlah Lelaki | Jumlah Perempuan | Jumlah Tiada Jantina | Jumlah Beragama Islam | Jumlah Bukan Beragama Islam | Jumlah Tiada Maklumat Agama | Jumlah Tiada Maklumat Kaum | Jumlah Murid |
Tahun 1 hingga Kelas PPKI | 16 | 178 | 148 | 0 | 326 | 0 | 0 | 0 | 326 |
PraSekolah | 2 | 16 | 28 | 0 | 44 | 0 | 0 | 0 | 44 |
JUMLAH | 19 | 194 | 176 | 0 | 370 | 0 | 0 | 0 | 370 |
**Tarikh terakhir pengemaskinian: 16 Mac 2024
Data Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana
Data Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana | ||||
Bil | Perkara | Lelaki | Perempuan | Jumlah |
1 | Guru Akademik (Perdana) | 14 | 22 | 36 |
2 | Guru PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) | 1 | 1 | 2 |
3 | Guru PRASEKOLAH | 0 | 2 | 2 |
4 | Pembantu Pengurusan Murid (Asrama) | 1 | 1 | 2 |
5 | Pembantu Am Pejabat | 2 | 2 | 4 |
Jumlah | 18 | 28 | 46 |
- Tarikh terakhir pengemaskinian: 20 November 2023
- Data Murid Asrama 2023
ANALISIS JUMLAH MURID ASRAMA 2023 | |||||||
Nama Kelas | Jumlah Lelaki | Jumlah Perempuan | Jumlah Beragama Islam | Jumlah Bukan Beragama Islam | Jumlah Tiada Maklumat Agama | Jumlah Tiada Maklumat Kaum | Jumlah Murid |
Tahun 5 | 5 | 5 | 10 | 0 | 0 | 0 | 10 |
Tahun 6 | 19 | 18 | 37 | 0 | 0 | 0 | 37 |
JUMLAH | 24 | 23 | 47 | 0 | 0 | 0 | 47 |
**Tarikh terakhir pengemaskinian: 17 November 2023
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Bawang Tian
- D/A Pejabat Pendidikan Daerah Daro
- 96200, Daro
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = TIADA
- Faks = TIADA