Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya atau nama ringkasnya SK Bandar Baru Beris Jaya, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya | |
---|---|
Lokasi | |
Jeniang, Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Rendah, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 044697001 |
Kod sekolah | KBA8015 |
Guru besar | Abd Halim bin Othman |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Abu Bakar bin Mohd Mukti |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Sabariah binti Husain |
Penolong Kanan Kokurikulum | Nadzanzila binti Alwi |
Faks | 044697002 |
Laman sesawang | SK Bandar Baru Beris Jaya |
Sejarah
suntingNama asalnya ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Batang. Ia terletak di Kampung Besar dalam daerah Sik, Kedah.
Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1936 oleh Cg Arshad bin Din yang mengajar secara sukarela. Jumlah murid ketika itu hanya 18 orang sahaja. Pada tahun 1942 semasa Perang Dunia Kedua, sekolah ini dijadikan Balai Tentera Jepun yang dikenali sebagai MAHARJU.
Pada tahun 1958, Menteri Pelajaran ketika itu, YAB En Mohd Khir Johari telah meluluskan pembinaan sebuah bangunan sekolah di tempat yang sama dengan kos RM1500. Cg Daim bin Che Sa dan Cg Alaudin bin Daie mendapat sumbangan daripada orang kampung yang diketuai oleh Tok Ali sebagai gaji. Dengan kegigihan Tok Ali akhirnya pada tahun 1959, sekolah ini mendapat bantuan kerajaan dan pada tahun 1960 sekolah ini menjadi sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya.
Pada tahun 1978, bangunan sekolah baru dibina di Kampung Kuala iaitu sebuah blok bangunan yang terdiri daripada lima buah bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah kantin dan sebuah setor. Pada 14 Mei 1981, SK Sungai Batang dirasmikan oleh Menteri pelajaran ketika itu, YAB Dato' Musa Hitam. Dua buah lagi blok bangunan sekolah dibina masing-masing pada tahun 1983 dan 1985. Pada tahun 1986 dengan kaedah gotong-royong penduduk kampung dan Angkatan Tentera Malaysia, telah terbina sebuah bangunan tambahan.
Pada 5 Januari 2003, SK Sungai Batang bersama penduduk kampung dipindahkan ke satu kawasan penempatan baru di Kampung Sungai Pau, Sik berikutan pembinaan empangan Beris. Akhirnya pada tahun 2004, SK Sungai Batang ditukar nama dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya.
Guru Besar
sunting1. Arshad bin Din (1936-1942)
2. Dain bin Che Sa (1958 - 1959)
3. Ayub bin Lebai Man (1959 -1959)
4. Ishak bin Ahmad (1959-1964)
5. Puteh bin Salleh (1964-20.6.1979)
6. Nayan bin Ariffin (1.1.1980 - 31.12.1980)
7. Che Man bin Hj Hashim (1.1.1981 - 30.3.1984)
8. Hussain bin Ismail (1.4.1984 - 31.12.1986)
9. Ismail bin Wahid (1.1.1987 - 15.12.1987)
10.Abd Majid bin Che Noh (16.12.1987-15.21992)
11.Omar bin Man (16.7.1992-15.7.1993)
12.Abd Rashid bin Abdullah (16.7.1993-15.7.1997)
13.Bakri bin Hasan (16.7.1997-15.3.1999)
14.Zainol bin Abd Latif (16.3.1999-10.4.2001)
15.Md Nasir bin Nordin (1.7.2002-15.11.2003)
16.Salmah bt Harun ( 16.11.2003-31.8.2004)
17.Rusni bt Man (1.9.2004-6.10.2005)
18.Md Radzi bin Puteh (7.10.2005-27.6.2008)
19.Zainol Abidin bin Abd Rahim (16.8.2008-1.2.2014)
20.Abd Halim bin Othman (16.3.2014-kini )
Pencapaian
suntingJohan Kalam Jamain Peringkat Kebangsaan pada tahun 2013.
Alamat
suntingSekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya,
08700 Jeniang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04 4697001
Faks: 04 4697002
Email: skbbbj@gmail.com