Sekolah Kebangsaan Balimbang
Sekolah Kebangsaan Balimbang atau nama ringkasnya SK Balimbang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 137, Semporna.[2]
Sekolah Kebangsaan Balimbang | |
---|---|
Lokasi | |
Peti Surat 137, 91308, Semporna,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | USAHA TERAS KEMAJUAN |
Nombor sekolah | 6089786800 |
Kod sekolah | XBA3301[1] |
Guru besar | TN.HJ.ABD.BANGSA HJ.ALASA |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En.Suhaidi Hj.Adinin |
Faks | TIADA |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Balimbang |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google. |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Balimbang memiliki 245 pelajar lelaki dan 212 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 457 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Kebangsaan Balimbang, semporna telah ditubuhkan pada tahun 1962. Terletak di sebuah Pulau besar yang dinamakan Pulau Bum-Bum berhadapan dengan Pekan Semporna dan dipisahkan oleh selat kecil kira-kira 1 km atau 5 hingga 7 minit jika menaiki bot penumpang. Dulunya sekolah ini dikenali sebagai Native Volontary School (NVS) di bawah kelolaan pihak Inggeris. Kemudian ditukarkan kepada Government Primary School (GPS) juga di bawah kawalan pihak Inggeris.
Seorang ketua kampung juga anak jati tempatan Kampung Balimbang telah menyedari kepentingan pendidikan untuk masa depan anak cucunya telah mendesak agar pihak Inggeris mendirikan sebuah sekolah di kampung ini. Beliau ialah OT Tuan Hj. Bakar Bin Langgas Mala @ Hassan. Beliau merupakan seorang yang berpengaruh dalam kampung tersebut.
Sekolah asal yang ditubuhkan dalam tahun 1962 ini, terletak kira-kira 1.5 km dari pangkalan jeti Kampung Balimbang atau berjalan kaki lebih kurang 30 minit untuk sampai ke sekolah melalui jalan kampung atau belukar. Mempunyai sebuah bangunan kayu dan berdindingkan atap nipah sahaja dan sebuah pondok sebagai sebuah rumah guru. Sekolah ini pernah musnah sebahagian akibat ribut. Atas kejadian itu sekolah ini dilawati oleh Pegawai Bahagian Tawau masa itu iaitu En Fung Cheung Ming bersama penyelianya En. Thomas Tan pada 10hb. Febuari 1996. Murid pertama seramai 55 orang sahaja.
Pada tahun 1982 sebuah sekolah baru dibina bagi menggantikan sekolah lama di atas tapak seluas 4.27 ekar yang diserahkan oleh Ot Tuan Hj. Abu Bakar kepada kerajaan pusat bagi tujuan tersebut.Kemudian dinamakan mengikut nama kampong tersebut. Kini sekolah ini merupakan salah satu dari 11 buah sekolah di Semporna. Sebelum tahun 1997 sekolah ini merupakan sekolah rendah gred B sahaja namun bilangan murid sentiasa bertambah dari tahun ke setahun.
Berikut senarai guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini :[3]
- En. Omar Bin Sahibil 1992
- En. Ghazali Bin HUssen 1963
- En Abd. Basa Bin Sarikala 1965
- En. Abd. Rashid 1966
- En. Sahirul Bin. Lakibul 1967
- En.Yahya Bin. Ali Akhbar 1968
- En. Abd. Hamid Bin Abd. Kahil 1970
- Tn. Hj. Yunus Bin Abd. Rashid 1971
- Tn. Hj. Ali Bin Tapaan 1972
- En.Khamis Bin Jasman 1997
- Tn.Hj. Yusuf B. Hj. Gujong 1998
- En. Abd. Bangsa Bin Abd. Alasa 2005