Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 5
Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 5 atau nama ringkasnya SK (Felda) Tenggaroh 5, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Tenggaroh 5.
Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 5 | |
---|---|
Lokasi | |
Felda Tenggaroh 5, 86810, Mersing, Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6077911717 |
Kod sekolah | JBA4025 |
Guru besar | Pn. Roshita Binti Jaffar |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Hashimah bt Jusoh |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Mohd Salihin bin Abu Bakar |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Alias Bin Mat Amin |
Faks | 6077911717 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 5 memiliki 165 pelajar lelaki dan 174 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 339 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 05, ditubuhkan pada 1 Januari 1987. Sekolah ini terletak ditengah-tengah tiga petempatan FELDA iaitu FELDA Tenggaroh 5, FELDA Tenggaroh Timur 1 dan FELDA Tenggaroh 7 .Keluasan sekolah ini adalah 13.8 ekar.
Pada asalnya sekolah ini mempunyai lima blok bangunan yang dilengkapi dengan bilik-bilik darjah, pusat sumber, bilik guru, pejabat dan kantin. Bangunan ini telah dibina oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP). Pada tahun 1990, sebuah bangunan tambahan telah dibina secara bergotong royong bagi menampung pertambahan bilangan murid. Blok bangunan ini menempatkan Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Bilik Sains dan surau.
Pada awal penubuhannya, sekolah ini di bawah pentadbiran Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 1.Berikut senarai nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini:
- Tn. Hj. Atan Bin Hj. Endut (Allahyarham) : 1 Jan 1987 - 15 Okt 1987
- Tn. Hj. Abdul Rashid Bin Hashim : 16 Okt 1987 - 15 Okt 1992
- En. Razali Bin Mat. Dom : 16 Okt 1992 - 31 Mac 1996
- En. Basari Bin Md. Dohom : 1 April 1996 - 15 Julai 2002
- Hjh. Maimon Bt. Depee : 16 Julai 2002 - 10 Nov 2005
- Tn. Hj. Wahid Bin Jonid : 16 Nov 2005 - 31 Dis 2009
- En. Rosli Bin Davi : 4 Jan 2010 - 19 Jun 2010
- En Kamaludin Bin Sujan : 19 Jun 2010 - 01 Ogos 2013
- En. Rasedy Bin Baba : 01 Sept. 2013 - 24 Jun 2014
- En. Kamis Bin Hasan : 24 Jun - 27 Jun 2016
- Pn. Rahmah Binti Talib : Julai 2016 - 26 Nov 2017
- Pn. Roshita Binti Jaffar : Jan 2018 - Sekarang
Pada bulan Ogos 1990, sekolah ini dinaikan tarafnya menjadi sekolah kebangsaan gred A.
Pada tahun 2001 bangunan blok B telah diruntuhkan dan digantikan dengan sebuah bangunan baru empat tingkat yang terdiri enam bilik darjah, sebuah makmal sains, bilik kemahiran hidup, pejabat, perpustakaan, bilik komputer, bilik musyuarat dan juga bilik muzik.
Peringkat awal penubuhan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 129 orang dengan 12 orang tenaga pengajar. Pada 1994 bilangan murid semakin bertambah sehingga mencecah 1147 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 49 orang.
Pada tahun 1995 pula, seramai 907 orang murid bersekolah disekolah ini dengan bimbingan seramai 38 orang tenaga pengajar. sesi persekolahan dibahagikan kepada dua sesi dimana sesi pagi untuk murid-murid tahap 2 dan sesi petang untuk murid-murid tahap 1.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 5
- Felda Tenggaroh 05
- 86810, Mersing
- Johor, Malaysia
- Telefon = 6077911717
- Fax = 6077911717