Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang

Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang atau nama ringkasnya SK (2) Taman Selayang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sg Tua.

Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang
Lokasi
Jalan Sg Tua, BATU CAVES, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah361882337
Kod sekolahBBA7102
Faks361882337


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang memiliki 649 pelajar lelaki dan 572 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1221 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.2009

Sejarah

sunting

Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang mula dibuka secara rasminya pada tangga 1 Januari 1988. Sebelum ini, sekolah ini hanya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Taman Selayang. Namun, akibat peningkatan jumlah murid sehingga mencecah 2000 orang, maka keputusan dibuat untuk membahagikan pentadbiran dan bertapaklah Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang dengan sendirinya.Walau bagaimanapun, sekolah ini masih berkongsi bangunan dan kawasan dengan Sekolah Kebangsaan (1) Taman Selayang.

Pada tahun 1994, warga sekolah telah memperoleh bangunan sendiri yang terdiri dari dua blok bangunan kayu setingkat dan satu blok bangunan empat tingkat. Demi kelansungan dalam mencurahkan ilmu dan bakti, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan projek pembinaan bangunan tambahan pada tahun 1997. Bangunan yang dibina mempunyai lapan buah bilik darjah, sebuah makmal Sains, sebuah Pusat Akses dan kantin. Ia mula digunakan secara rasminya pada tahun 1998.Pada tahun 2008, blok bangunan kayu setingkat telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan empat tingkat. Antara bilik yang terdapat di dalam blok tersebut adalah pejabat sekolah, makmal sains, bilik rawatan, bilik Jqaf, Bilik Kemahiran Hidup, kedai buku, bilik Bimbingan dan Kaunseling, blik seni, bilik muzik dan tujuh buah bilik darjah. Warga SK(2)TS dapat menggunakan bangunan tersebut secara rasmi pada tahun 2011.

Secara keseluruhannya, Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang telah dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 6 hektar dan dikelilingi sebelah buah taman perumahan dan kampong. Pada tahun 2016, bilangan murid telah mencecah 1000 orang dengan tenaga pengajar seramai 70 orang dan 8 orang staf sokongan. Kini,sekolah terus megah dengan visi dan misi untuk melahirkan insan yang cemerlang pada masa hadapan.

Pencapaian

sunting

Berjaya dalam permainan kompang dan silat

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang
Jalan Sg Tua
Selangor, Malaysia
Telefon = 361882337
Fax = 361882337

Pautan luar

sunting