Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Serkam
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Serkam atau nama ringkasnya SJK(T) Ldg Serkam, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Ladang Serkam.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Serkam | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Ladang Serkam, 77300, Merlimau,, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan |
Ditubuhkan | 1915 |
Nombor sekolah | 6062632024 |
Kod sekolah | MBD1059 |
Faks | 6062632024 |
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Serkam memiliki 23 pelajar lelaki dan 24 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 47 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Serkam mula dibina pada tahun 1915. Bangunan baru sekolah ini mula dibina pada tahun 1918 oleh pengurusan ladang ini. Pengurusnya yang bernama En.V.K.Menon adalah yang menjadi perintis kepada pembangunan awal.
Pada asalnya hanya tiga buah bilik darjah termasuk pejabat. Seorang guru besar iaitu En Duthriasamy bersama tiga orang guru mengajar di sekolah ini. Murid-murid seramai 17 orang dengan 4 daripadanya adalah murid perempuan diawal pembukaannya.
Pada 1963, bangunan asal sebanyak tiga buah bilik ditambah dengan dua buah bilik untuk digunakan sebagai pusat sumber dan perpustakaan.
Pada 1973, sebuah rumah ladang berdekatan dengan sekolah diberikan sebagai pusat sumber dan bilik stor sukan serta bilik tukang kebun. Keluasan kawasan sekolah juga bertambah denagn sebuah padang sebaguna diwujudkan.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Serkam
- Ladang Serkam
- 77300, Merlimau
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 6062632024
- Fax = 6062632024