Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Gula
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Gula atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Gula, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Ladang Gula.
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Gula | |
---|---|
Lokasi | |
Ladang Gula, 34350, Kuala Kurau, Perak Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah Bantuan Kerajaan |
Moto | SJK (T) LADANG GULA adalah sebuah sekolah yang CEMERLANG di Daerah Kerian |
Nombor sekolah | 6058901694 |
Kod sekolah | ABD3066 |
Pengerusi PIBG | EN.S.CHANDRAN |
GPK Pentadbiran dan Akademik | EN.S.SANTHURU PILLAY |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | CIK.S.MINACTHI |
Penolong Kanan Kokurikulum | EN.M.VIJAYANATHAN |
Faks | 6058901694 |
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Gula memiliki 21 pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 40 orang. Ia mempunyai seramai 9 orang guru.2009
Sejarah
suntingPada tahun 1902, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) telah ditubuhkan di Ladang Gula. SRJK (T) Ladang Gula adalah sekolah bantuan modal kerajaan. Ianya terletak di Daerah Kerian 12 Km dari Pekan Kuala Kurau. Melalui sistem yang kita lalui didapati bahawa ia adalah sesebuah sekolah yang tertua di Negeri Perak. Sekolah ini telah dibina apabila Kerajaan Britain membawa masuk orang-orang India Selatan untuk bekerja di Ladang-ladang Tebu. SRJK(T) Ladang Gula, beroperasi di Ladang Gula. Ia dimiliki oleh Ladang Gula (Eng Thye Plantation). Sekolah ini beroperasi dengan bantuan daripada pihak Pengurus Ladang Gula.
STATUS SEKOLAH PADA MASA PENUBUHAN
Pada mulanya sekolah ini yang diperbuat daripada papan telah terletak bersebelahan dengan kuil India. Sekolah ini pernah beroperasi dengan 180 orang murid dengan 4 orang guru. Sekolah ini tidak dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air. Ia beroperasi dengan bantuan Pengusaha Ladang Gula. Pihak Pengurus Ladang membekalkan sumber air dari ladang. Pihak pengurus ladang hanya menyediakan Sistem pengangkutan jalanraya tanah liat .
Pada tahun 1982, 20 orang murid berbangsa Melayu dari Tahun 1 hingga 6 telah mendapat pendidikan di sekolah ini. Pada tahun 1983,pula seorang guru agama telah ditempatkan di sekolah ini untuk mendidik murid-murid yang beragama Islam. 70% daripada murid-murid adalah orang tempatan dan selebihnya 30% adalah dari Bahagian 55, Ladang Gula yang terletak 6 km dari sekolah. Pihak Pengurus Ladang telah menyediakan pengangkutan untuk murid-murid ini.
STATUS SEKOLAH TERKINI
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Gula adalah sebuah sekolah bantuan modal. Pada masa dahulu sekolah ini beroperasi tanpa bekalan elektrik dan air.Kini,dengan bantuan kerajaan sekolah ini mempunyai bekalan elektrik dan air yang secukupnya. Sistem pengangkutan pada masa kini adalah memuaskan.Dimana jalanraya bertar disediakan.Sekolah ini juga dilengkapi dengan kemudahan telefon. Kemudahan asas seperti Komputer telah dibekalkan ke sekolah ini. Kini, sekolah ini beroperasi dengan 29 orang murid dengan 9 orang guru sepenuh masa dan seorang guru besar. Sekolah ini juga mempunyai seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah.
Pencapaian
suntingUPSR
2014 | 2013 | 2012 | 2011 | 2010 | 2009 | 2008 | 2006 | 2005 |
50% | ||||||||
1.5 |
Alamat
sunting- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Gula
- Ladang Gula
- 34350 Kuala Kurau
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6058901694
- Fax = 6058901694