Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Cairo
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Cairo atau nama ringkasnya SJK(T) Ldg Cairo, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Jalan Besar.[1]
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Cairo | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Besar, 71700, Mantin,, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan |
Ditubuhkan | 1926 |
Nombor sekolah | 6067587651 |
Kod sekolah | NBD4077 |
Faks | 6067587651 |
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Cairo memiliki 111 pelajar lelaki dan 114 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 225 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009
Sejarah
suntingi. Mula beroperasi sejak tahun 1926 di Ladang Cairo, Nilai. (Kini, kawasan tersebut telah dimajukan sebagai kawasan Nilai 3) ii.Pengasas utama sekolah ini ialah S. Nagooran dan Soanyean. iii.Tajaan pihak ladang mengikut Ordinan Buruh 1912. iv. Diserap dalam Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 1956. v. Guru Besar - Guru Besar dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Pertama : Encik N. C. Varathan
- Kedua : Encik M. Chinnadurai
- Ketiga : Encik S. Sivalinggam,PJK
- Keempat : Encik P. Rangasamy, PJK
- Kelima : Encik M. Jacob
- Keenam : Encik Sanggaran
- Ketujuh : Encik V. Appunni,PJK (mulai 2010)
Kelapan. :. Encik D.R. Kalimuthu (mulai Sep 2017) Kesembilan.:. Encik G. Mohan (mulai Julai 2022)
vi. Lokasi sekolah berpindah ke Mantin pada tahun 1999 kerana kawasan terdahulu dimajukan sebagai kawasan perindustrian.
Sejak penubuhan sekolah pada tahun 1926, SJKT Ladang Cairo telah melahirkan beberapa orang yang memberi sumbangan terhadap kemajuan negara. Tokoh masyarakat kelahiran sekolah ini termasuklah En. Subramaniam (Cairo Maniam) dan En. Ramanathan.
Sejak berpindah lokasi ke Mantin pada tahun 1999, produk sekolah ini terdiri daripada graduan-graduan, kumpulan tenaga mahir dan kumpulan vokasyonal. Ramai yang menjadi guru bertauliah dan pegawai sektor swasta yang turut menabur jasa terhadap kemajuan negara.
Alamat
sunting- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Cairo
- Jalan Besar
- 71700, Mantin
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 6067587651
- Faks = 6067587651
1. Sejarah Sekolah Negeri Sembilan sehingga 1972,1972, Persatuan Sejarah Malaysia & Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Arul Das Arumugam, 2011. Sejarah Sek. Jen. Keb. Tamil Tun Sambanthan, Pajam 1936 hingga 2010.