Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Blue Valley
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Blue Valley atau nama ringkasnya SJK (T) Ladang Blue Valley, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Jalan Besar Kampung Raja Ke Ladang Blue Valley.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Blue Valley | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Besar Kampung Raja Ke Ladang Blue Valley, RINNAH RATA, Pahang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6054983007 |
Kod sekolah | CBD1016 |
Faks | 6054983007 |
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Blue Valley memiliki 43 pelajar lelaki dan 42 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 85 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.2009
Sejarah
suntingSJK(T) BLUE VALLEY telah ditubuhkan pada 1954 dengan bilangan anak murid berjumlah 40 orang. Pihak Ladang Blue Valley begitu murah hati memberi sebuah bangunan lama pejabat ladang itu untuk sekolah. Pihak Ladang Blue Valley sentiasa ambil berat tentang kemajuan sekolah serta kebajikan guru-guru. Pihak Ladang Blue Valley memberi sebuah rumah untuk guru-guru sebagai rumah guru(Quarters) kerana ladang itu terletaknya jauh dari Bandar Tanah Rata.
Pada tahun 1983 sekolah ditukarkan ke bangunan baru yang terletaknya berhampiran dengan bangunan lama. Bangunan ini mengandungi tiga bilik darjah, bilik guru, stor dan tandas.
Bangunan baru ini mempunyai kemudahan-kemudahan yang lengkap. Kawasan sekolah ini luas dan dikelilingi dengan pagar dawai. Di hadapan sekolah ini ada sebuah padang bola di mana sukan sekolah tahunan akan diadakan setiap tahun. Bangunan baru ini juga dibekalkan dengan beberapa kemudahan seperti bekalan letrik dan air.