Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jasin
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jasin atau nama ringkasnya SJK(T) Jasin, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Jasin.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jasin | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jasin, 77000, Jasin,, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6065295406 |
Kod sekolah | MBD1052 |
Faks | 6065291628 |
. Nama Sekolah : Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jasin
2. Alamat Sekolah : SJK(T) Jasin, 77000, Jasin, Melaka
3. Kod Sekolah : MBD 1052
4. No. Telefon : 06-5295406
5. E-mail : mbd1052@ppdjasin.edu.my
6. Tarikh dibuka : 01.01.1946
7. Keluasan Kawasan : 5 hektar
8. Kawasan Parlimen : Parlimen Jasin
9. Kawasan DUN : Bemban
10. Daerah : Jasin
11. PPD : Pejabat Pendidikan Daerah Jasin
12. Jarak Sekolah ke Melaka : 30 km
13. Bangunan : Sebuah bangunan 4 tingkat, sebuah bangunan
2 tingkat, sebuah bangunan satu tingkat,
,sebuah bilik pra sekolah dan sebuah bangunan
kantin.
Sejarah
suntingSejarah sekolah ini telah bermula pada tahun 1941 apabila murid-murid India di persekitaran Pekan Jasin ini mula belajar di satu bahagian di Rumah Sakit Jasin. Selepas itu ia berpindah ke sebuah kedai di Pekan Jasin , kemudian kesebuah rumah di Pekan Jasin sebelum ia dipindahkan ke sebuah kedai lama yang terletak di Jalan Chin-Chin Jasin.Sehingga 1966, kedai lama itu telah menjadi tempat pembelajaran orang-orang India di Jasin.
Pada tahun 1966, pihak kerajaan telah membina sebuah sekolah yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah. Pada tahun 1969 pula pihak kerajaan telah membina bangunan tambahan yang mempunyai sebanyak 2 bilik darjah disebabkan oleh pertambahan murid. Bangunan tambahan dua tingkat bagi sekolah ini telah siap dibina pada bulan April 1985. Bangunan tambahan sekolah ini yang menelan belanja sebanyak RM 150,000.00 ini terdiri dari 3 bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik guru dan bilik pejabat.
Dari segi bangunan, sekolah ini telah mengalami perubahan besar sejak tahun 2000. Pada akhir tahun 2001, sekolah ini telah terpilih dalam program baik pulih di bawah Projek Payung yang dikendalikan oleh kerajaan persekutuan. Melalui projek ini sekolah ini telah mendapat peruntukan sebanyak 1.7juta untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih. Melalui projek ini kesemua bangunan sekolah ini telah bertukar wajah. Sistem pendawaian baru kepada seluruh bangunan sekolah, pengubahsuaian tingkap cermin, mengecat keseluruhan bangunan serta mengubahsuaian bilik pejabat serta lantai adalah antara kerja-kerja pembaik pulih yang telah dijalankan.
Pada tahun 2002 pula sekolah ini telah mendapat satu bangunan empat tingkat dibawah Rancangan Malaysia ke 8. Bangunan itu yang bernilai RM 14juta, mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan , sebuah bilik kesihatan, sebuah bilik kaunseling, bilik peperiksaan, sebuah bilik kemahiran hidup,bilik sains, bilik pendidikan seni dan koperasi. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada aawal tahun 2002 dan secara rasminya bangunan itu diserahkan oleh pegawai dari Jabatan Pendidikan Melaka kepada Guru Besar, Pn.S.Minachee pada 14.01.2003.Dari segi taraf pula, sekolah ini telah diwartakan sebagai Sekolah Gred "B" pada 01.01.1988 yang mana sekolah ini menjadi sekolah yang pertama sekali mendapat taraf tersebut diantara sekolah-sekolah Tamil di negeri Melaka.
Pada September 2002, sekolah ini telah digredkan sebagai sekolah Gred "A". Secara rasminya Guru Besar dinaikan pangkat DGA34 dan melantik tiga orang Guru Penolong Kanan berpangkat DGA32. Ini adalah berdasarkan kepada pertambahan bilangan murid yang telah mencapai 450 orang.
Banyak perubahan dan perkembangan besar telah berlaku dalam Sejarah Sekolah ini. Perubahan dan perkembangan ini ternyata sejak tahun 1982 seperti berikut:
TAHUN | BIL. MURID | BIL. GURU |
1982 | 280 | 12 |
1984 | 330 | 14 |
1987 | 420 | 18 |
1989 | 430 | 20 |
1992 | 410 | 22 |
1994 | 405 | 21 |
1995 | 381 | 21 |
1996 | 340 | 20 |
1997 | 360 | 21 |
1998 | 374 | 23 |
1999 | 379 | 24 |
2000 | 385 | 23 |
2001 | 414 | 23 |
2002 | 469 | 25 |
2003 | 545 | 32 |
2004 | 592 | 34 |
2005 | 598 | 34 |
2006 | 611 | 34 |
2007 | 621 | 34 |
2008 | 585 | 35 |
2009 | 568 | 37 |
2010 | 511 | 38 |
2011 | 496 | 40 |
2012 | 488 | 42 |
2013 | 468 | 40 |
2014 | 456 | 40 |
2015 | 448 | 38 |
2016 | 420 | 37 |
2017 | 390 | 36 |
2018 | 365 | 36 |
2019 | 355 | 34 |
2020 | 344 | 32 |
Pada 01.01.1988 Sekolah ini telah diwartakan sebagai Sekolah Gred “B” dan sekolah ini juga adalah sekolah yang tunggal dan yang pertama sekali menjadi Sekolah Gred “B” di antara SJK(T) dalam negeri Melaka. Pada tahun 2002 sekolah ini telah diumumkan sekolah gred “A” berdasarkan pertambahan bilangan murid yang semakin ramai.
Kemudahan Fizikal
Bilik Darjah 14 buah | Bilik Sains |
Perpustakaan | Makmal Komputer |
Kantin Sekolah | Bilik Bimbingan Kaunseling |
Bilik Seni | Bilik SPBT |
Bilik Kem. Hidup | Bilik Guru |
Bilik Kesihatan | Bilik PJK |
Kedai Koperasi | Pusat Sumber |
Pejabat Pentadbiran | Bilik Pra Sekolah |
Bilik Muzik | Bilik Mesyuarat |
Bilik Tayang | Bilik Pendidikan Khas |
Bilik PLC BM | Bilik PLC Bahasa Inggeris |
Bilik PLC Tamil |
SEJARAH PERKHIDMATAN GURU BESAR
Bil | Tahun | Nama Guru Besar |
1. | 1947 | En.M.Krishnasamy |
2. | 1948 | En.A.D.Abraham |
3. | 1949 | En.M.Vaithilingam |
4. | 1950-1952 | En.M.Visvanathan |
5. | 1952-1956 | En.P.Ponniah |
6. | 1956-1957 | En.J.S.Ayyasamy |
7. | 1957-1960 | En.R.Arumugam |
8. | 1961-1972 | En.A.Muthiah PJK |
9. | 1973-1982 | En.P.Ponniah PJK |
10. | 1982- Mac 1995 | En Sulaiman MohammadPIS,PPN,PBM |
11. | Mac 1995-Ogos 1995 | En K.M.Abdul Kadir PJK(menjalankan tugas) |
12. | Sept 1995-16 Dis 1997 | En.D.Senan PBM |
13. | 16 Dis 1997 - 23.12.2004 | Pn.S.Minachee PPN |
14. | 28 Dis 2004 – 14 Dis 2006 | En.D.Senan PBM |
15. | 16 April 2007- 13Sept 2012 | En. S.Jeyaraman |
16 | 01.12.2012 | Pn C.Samupatha a/p M.Chelliah |
17 | 1 Mac 2020 – Sehingga Kini | PN.P.Mallika |
Alamat
sunting- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jasin
- Jasin
- 77000, Jasin
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 6065295406
- Fax = 6065291628