Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Durian Tunggal
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Durian Tunggal atau nama ringkasnya SJK(T) Durian Tunggal, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Jalan Durian Tunggal/ Machap.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Durian Tunggal | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia, 76100, Durian Tunggal,, Melaka Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 06-5534073 |
Kod sekolah | MBD0062 |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pre |
Faks | 06-5534073 |
Laman sesawang | [[1]] |
Pada 2011, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Durian Tunggal memiliki 96 pelajar lelaki dan 81 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 177 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2011
Sejarah
suntingSekolah ini ditubuhkan pada 02.10.1946 bersama dengan hari kelahiran Bapa Kemerdekaan Negara India mendiang Mahatma Ghanti. Ahli-ahli jawatankuasa parti Kongres Cawangan Duria Tunggal pada masa itu berusaha untuk mendirikan sebuah sekolah pondok dengan 20 orang murid dan seorang guru bernama En. V. P. Palaniandy.
Pada peringkat awal sekolah ini dimulakan disebuah rumah kepunyaan Murugappan Chettier dengan sewa RM3.00 sebulan selama 3 tahun. Kemudian pada 10.10.1949 sekolah ini dipindahkan ke suatu bangunan baru kepunyaan seorang cina.
Dengan usaha sama jawatankuasa MIC dan seorang pegawai hal ehwal buruh di Jabatan Buruh Melaka En. Narayanan telah mendirikan satu bagi sekolah ini. Bagi usaha ini beberapa orang tempatan dan orang berkenamaan seperti En. C.M. Seth, Pengelola Sekolah Tamil Melaka En. S. Jesudason, keluarga Kochappan Nair dan YAB Ketua Menteri Melaka En. Ghaffar Bin Baba telah memainkan peranan penting untuk menjayakan projek ini. Dalam tahun 1961 sebuah tapak tanah dengan luas 1a.1r.06p telah diberikan kepada kerajaan oleh mendiang V.P. Palaniandy pengasas dan Guru Besar sekolah ini. Kerajaan telah mendirikan tiga buah bilik darjah.
Objektif
sunting-Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat -Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan -Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran
Visi
sunting- Melahirkan insan yang berinformasi. - Mencanai minda bestari. - Membentuk warga sekolah berilmu dan berkualiti.
Misi
suntingMelaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan media teknologi terkini secara berkesan
Pencapaian
suntingAnugerah 5 Bintang SSQS
Alamat
sunting- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Durian Tunggal
- Jalan Durian Tunggal/ Machap
- 76100, Durian Tunggal
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 06-5534073
- Fax = 06-5534073
- Email : mbd0062@ppdalorgajah.edu.my