Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Subang
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Subang atau nama ringkasnya SJK (C) Subang, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Kampung Baru Subang.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Subang | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kampung Baru Subang, SHAH ALAM, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 03-7846 1596 |
Kod sekolah | BBC8407 |
Pengerusi PIBG | En. Tan Soon Meng |
Guru besar | Pn. Ung Bee Keow |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Ang Shall Chui |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Wong Teck Yee |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. TAN CHEE YAN |
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Subang memiliki 964 pelajar lelaki dan 913 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1877 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah ini diasaskan pada Jun 1947, sebelumnya dikenali sebagai "Sekolah Chi Chi." Ia dibuka pada 12 Julai 1947 dengan 35 orang murid.
Pada 1951, ketika darurat, penduduk kampung Subang meningkat. Bilangan pelajar meningkat sehingga 300 orang. Bagi menyelesaikan masalah kekurangan kelas, pada tahun berikutnya 7 kelas dibuka dan sekolah Kai Chi dinamakan sebagai "Sekolah Subang".
Selepas kemerdekaan, sekolah ini secara rasmi memasuki aliran utama.
Pada tahun 1978, satu kutipan jamuan derma bagi membesarkan sekolah diadakan dan pada tahun 1979, satu bangunan dua tingkat kelas dan pejabat siap dibina.
Pada 1980-an Jabatan Pendidikan dan Dong Jia Tong terus meningkatkan kemudahan sekolah. Pada September 1992, Kementerian Pendidikan memberikan 20 juta bagi pembinaan bangunan sekolah baru; yang siap dua tahun kemudian. Pada Jun 1995, JKR memberi dana bagi membaiki bangunan lama dan membina tembok.
Pada tahun 1998, sekolah menyediakan kelas komputer lengkap, dan bersama Kementerian Pendidikan tahun 2000 melaksanakan program "Sekolah Pintar".
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Subang
- Kampung Baru Subang
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 378461596
- Fax = 378465412