Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Su Ming

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Su Ming atau nama ringkasnya SJK Su Ming, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Sarikei.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Su Ming
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Sarikei, 96100, Sarikei,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYCC6106
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Su Ming memiliki 24 pelajar lelaki dan 17 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 41 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sejarah

sunting

Sekolah Rendah Su Ming telah didirikan di Sungai Pasi pada tahun 1937. Pada masa itu, sekolah hanyalah merupakan sebahagian daripada bangunan kerajaan. Pentadbiran sekolah dikendalikan oleh pengurus dan seorang guru besar yang juga menjalankan tugas sebagai guru. Pada masa itu terdapat hanya kira-kira 35 orang murid. Ibu bapa murid yang bekerja sebagai penoreh getah terpaksa bertungkus lumus untuk menanggung nafkah dan kos persekolahan anak-anak mereka.

           Pada tahun 1960, bilangan murid terus meningkat dengan mendadak  kepada 198 orang. Ini merupakan kemuncak enrolmen murid yang pernah dicatat oleh sekolah ini. Sebanyak enam buah kelas telah dibuka dan kakitangan akademik pula berjumlah enam orang pada tahun ini. Selepas tahun 1960,  penghijrahan penduduk tempatan ke tempat lain demi mencari rezeki yang lebih baik telah menyebabkan enrolmen murid semakin berkurangan tahun demi tahun.

            Pada 80-an hingga 90-an, bilangan murid kebanyakannya berada dalam lingkungan 30-45 orang sahaja. Pengambilan murid Tahun Satu terpaksa diadakan secara berselangan tahun kerana bilangan murid tidak mencukupi.

           Sejak tahun 2000, pengambilan murid Tahun Satu diadakan setiap tahun, tetapi murid pada tahun ini adalah kurang iaitu hanya 25 orang sahaja yang terdiri daripada kaum Cina dan Iban.

           Mulai tahun 2009, bilangan murid sekolah ini beransur-ansur bertambah iaitu kira-kira dalam lingkungan 50-60 orang kerana jambatan yang menghubungkan sekolah dengan bandar Sarikei telah dibina dan banyak murid dari bandar telah dihantar oleh ibu bapa ke sekolah ini. Sehingga tahun 2014, bilangan murid adalah sebanyak 58 orang dan guru adalah sebanyak 11 orang.

Pembangunan perumahan di kawasan Sg. Pasi (sejak pembukaan Jambatan Nyelong 1 pada Tahun 2008 bulan Disember)pada kebelakangan ini telah menyebabkan pertambahan penduduk di kawasan ini. Enrolmen murid pun semakin bertambah. Memandangkan bangunan sekolah yang uzur dan tidak dapat menampung jumlah murid yang semakin bertambah, maka dengan bimbingan Pengerusi Lembaga Penurusan Sekolah, Encik Law Hien Yii dengan Guru Besar Cik Law Hei Ping telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan dan merangka pembinaan 1 blok bangunan konkrit dengan 6 bilik darjah, bilik guru, bilik Guru Besar, perpustakaan dan bilik pentadbiran dengan anggaran kos RM800,000.00. Pembinaan blok tersebut telah dijalankan pada 2017 dan siap diguna pada tahun 2019(Jun). Enrolmen murid pada tahun 2019 ialah 74 orang.

Pada awal persekolahan 2020, sekolah diluluskan perjawatan membuka satu kelas Prasekolah. Seramai 6 orang murid Prasekolah telah berdaftar dan menjadikan jumlah enrolmen murid pada tahun 2020 ialah 79 orang. Pada masa yang sama, pertambahan seorang guru Prasekolah dan seorang Pembantu Pengurusan Murid menjadikan jumlah guru 12 orang (termasuk Guru Besar) dan staf sokongan 3 orang. Enrolmen pada Tahun 2021 adalah seramai 103 orang (84 orang sekolah rendah + 19 orang Prasekolah).

Pencapaian

sunting

Alamat

sunting
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Su Ming
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Sarikei
96100, Sarikei
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar

sunting