Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sri Lalang
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sri Lalang atau nama ringkasnya SJK(C) Sri Lalang, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Batu 5, Sri Lalang.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sri Lalang | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Batu 5, Sri Lalang, 86000, Kluang,, [Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6077596653 |
Kod sekolah | JBC0038 |
Guru besar | PN CHANG WAI LING |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Moo Eng Heong |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Lim Nyuk Khiong |
Penolong Kanan Kokurikulum | Cik Chang Hooi Ping |
Faks | 6077596653 |
Laman sesawang | SJK(C) Sri Lalang |
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sri Lalang memiliki 184 pelajar lelaki dan 174 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 358 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009
Sejarah
suntingSebelum Perang Dunia Kedua, penduduk kampung telah menyedari kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka. Maka di bawah pimpinan Encik Yap Yu, Encik Teng Chee How, Encik Low Han Ping, Encik Teng Chung Yan dan sokongan penduduk kampung, sebuah sekolah pondok yang bernama Sekolah Cina Chi Meng pun ditubuhkan di Batu 6, Jalan Batu Pahat, Sri Lalang .
Pada tahun 1953 penduduk di kanpung ini semakin ramai dan sekolah baru telah dibina dan ditukar nama sebagai Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sri Lalang. Pada tahun 1983, kementerian pelajaran telah memperuntukkan 500 ribu untuk membina sebuah bangunan bertingkat dua. Tetapi ini masih tidak cukup untuk menambung bilangan murid yang semakin bertambah.
LPS dan PIBG telah mengutip tabung sebanyak 250 ribu dan membina sebuah blok baru yang bertingkat dua dan siap pada tahun 2003. Sekarang SJK C Sri Lalang mempunyai dua buah banguan bertingkat dua, sebuah dewan kecil, sebuah makmal computer, prasekolah, kantin dan kemudahan lain-lain.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sri Lalang
- Batu 5, Sri Lalang
- 86000, Kluang
- Johor, Malaysia
- Telefon = 6077596653
- Fax = 6077596653