Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chai, Lenga
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chai atau nama ringkasnya SJKC Pei Chai, merupakan sebuah Sekolah Jenis kebangsaan Cina yang terletak di Kampung Gombang, Muar, Johor. Sekolah ini mempunyai mural yang sangat cantik dan suasana yang kondusif.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chai | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kampong Gombang, 84040, Lenga, Muar, [Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6069712568 |
Kod sekolah | JBC5056 |
Pengerusi PIBG | ENCIK TAN HONG MENG |
Guru besar | ENCIK CHIA SOK WEE |
GPK Pentadbiran dan Akademik | PUAN TAN HUI NI |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | PUAN LIM YIK LI |
Penolong Kanan Kokurikulum | PUAN GOH MING RUI |
Faks | 6069712568 |
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chai memiliki 13 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 17 orang. Ia mempunyai seramai 6 orang guru.2009
Pada 2022, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chai memiliki 5 pelajar lelaki dan 8 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 13 orang. Ia mempunyai seramai 7 orang guru dan seorang guru besar.Sekolah ini juga mempunyai 5 orang staff sokongan.2022
Visi Sekolah
suntingPENDIDIKAN BERKUALITI 素质教育
INSAN TERDIDIK 优秀国民
NEGARA SEJAHTERA 国家和谐
Misi Sekolah
suntingMELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
永续发展素质教育, 激发个人潜质,体现国家宏愿
Cogan Kata
sunting礼 Bersopan
义 Taat dan Setia
廉 Adil dan Saksama
耻 Bermaruah
Logo Sekolah
sunting- Semangat berkobar-kobar 激昂的精神
- Membimbing generasi muda 引导年轻一代
- Akademik atau pengetahuan 渊博的知识
- Sains dan Teknologi Maklumat 科学与工艺
- Ketangkasan 敏捷 (Warna Merah)
- Perpaduan 团结 ( Warna Biru )
- Kesucian 纯洁 ( Warna Putih)
Lagu Sekolah
sunting培才学校是我们的乐园,
青山绿水,环境多优美。
我们同学多么团结,
多么合作;
相亲相爱如兄弟姐妹。
我们遵从纪律,
听从师长的教导,
努力求学往前进。
培育人才,
前进吧,培才,
教育的摇篮,
前进吧,培才!
Sejarah
suntingSJKC Pei Chai Gombang ditubuhkan pada tahun 1932 dan dibina oleh penduduk kampung di Pekan Gombang. Pada masa itu, rumah naik pengerusi LPS dijadikan sekolah.Pada tahun 1942, sekolah terpaksa ditutup dan dibuka selepas Perang Dunia Kedua.Pada tahun 1962, sekolah dibina oleh penduduk di tanah sekarang.
Pada tahun 2000, sekolah ini mengalami masalah kekurangan murid. Pada masa itu, sekolah hanya tinggal 3 orang murid. Oleh itu, Lembaga Pengurus Sekolah membuat keputusan masuk ke Kampung Sentosa untuk menyuruh murid asli datang ke sekolah belajar.
Kini, sekolah ini telah mempunyai infrastruktur yang baik dan mempunyai suasana pembelajaran yang kondusif. Sekolah ini mempunyai perpustakaan, gelanggang bola tampar dan bilik komputer.
Pihak sekolah dan Lembaga Pengurus Sekolah bekerjasama untuk mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti pesta tang lung, Kanivel Jualan Amal, Pertandingan Panorama dan perkhemahan. Semua usaha ini adalah untuk mempromosi sekolah ini agar penduduk menghantar anak untuk mendapat pendidikan di sekolah ini.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chai
- Kampong Gombang
- 84040, Lenga, Muar
- Johor, Malaysia
- Telefon = 6069712568
- Email = pcgombang09@gmail.com