Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hang Kwong
Sekolah Jenis Kebangsaan Hang Kwong atau nama ringkasnya SJK Hang Kwong, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu.
Sekolah Jenis Kebangsaan Hang Kwong | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu, 96000, Sibu, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | TIADA |
Kod sekolah | YCC3212 |
Pengetua | David Tong Diung Ong |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Wong Hui Ong (Lantikan Dalaman) |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Ling Ting Ting (Lantikan Dalaman) |
Penolong Kanan Kokurikulum | Margaret Cheng Chu Jiat (Lantikan Dalaman) |
Faks | TIADA |
Laman sesawang | sjkhangkwong.blogspot.my |
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan Hang Kwong memiliki 4 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 10 orang. Ia mempunyai seramai 8 orang guru.2009
Sejarah
suntingMenjelang tahun 1920, sekumpulan Orang Foochow mula berhijrah ke kawasan sebelah kanan Pulau Keladi yang terletak di sebelah Hulu Sungai Rajang. Mereka menanam pokok-pokok getah dan sayur-sayuran sebagai rezeki masing-masing. Kehidupan mereka di sini semakin bertambah baik akibat kenaikan harga tinggi getah. Kenaikan getah ini telah menyebabkan peningkatan penambahan penghuni hari demi hari.
Pada masa itu, penghuni-penghuni terpaksa menghantarkan anak-anak mereka ke bandar Sibu yang terletak jauh dari Pulau Keladi. Penghuni-penghuni merasakan kesulitan ini amat menyusahkan mereka. Memandangkan kepentingan pendidikan anak-anak mereka, maka satu jawatankuasa penubuhan sekolah di bawah pimpinan Encik Choo Chuo Pang dan bekerjasama dengan Persatuan Methodist telah berjaya mendirikan SRB Hang Kwong pada tahun 1926.
Disebabkan bangunan sekolah semakin hari semakin rosak sehingga mengacam keselamatan murid-murid, maka pada 15 Ogos 1959, Lembaga Pengurusan Sekolah telah membeli seekar tanah untuk mendirikan sebuah bangunan baru. Pihak sekolah telah mendapatkan peruntukan khas daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyelenggaran bangunan dan kemudahan pendidikan di sekolah pada masa itu.
Sejarah SJK (C) Hang Kwong telah melebihi 90 tahun. Bilangan murid yang paling banyak melebihi ratus orang, tetapi kini hanya tinggal 15 orang murid disebabkan kebanyakan penghuni telah berpindah ke bandar.
Ahli sekolah
suntingTahun | Guru Besar | Pengarah Sekolah | Bilangan
Guru |
Bilangan
Murid |
Bilangan
Kelas |
1926-1987 | Tidak catat | ||||
1988 | Tang | En. Ting | Tidak
catat |
Tidak
catat |
Tidak
catat |
1989-1990 | Yong | En. Ting | |||
1991-1993 | Ngu(Pengganti GB) | En. Ting | |||
1994-1998 | En. Sia | En. Ting | |||
1999 | En. Ong Boon Hiang | En. Lau Zen Kiong | |||
2000 | En. Ong Boon Hiang | En. Lau Zen Kiong | |||
2001 | En. Ong Boon Hiang | En. Lau Zen Kiong | |||
2002 | En. Ong Boon Hiang | En. Lau Zen Kiong | 3 | 18 | 5 |
2003 | En. Ong Boon Hiang | En. Lau Zen Kiong | 3 | 17 | 6 |
2004 | En. Ong Boon Hiang | En. Lau Zen Kiong | 4 | 17 | 6 |
2005 | En. Ong Boon Hiang | Datuk Lau Zen Kiong | 5 | 17 | 6 |
2006 | En. Ong Boon Hiang | Datuk Lau Zen Kiong | 6 | 13 | 6 |
2007 | En. Ong Boon Hiang | Datuk Lau Zen Kiong | 6 | 13 | 6 |
2008 | En. Ong Boon Hiang | Datuk Lau Zen Kiong | 6 | 11 | 5 |
2009 | En.Francis Ngu Woo Kiu | Datuk Lau Zen Kiong | 7 | 10 | 5 |
2010 | En.Francis Ngu Woo Kiu | Datuk Lau Zen Kiong | 8 | 10 | 5 |
2011 | En. Francis Ngu Woo Kiu | Datuk Lau Zen Kiong | 6 | 9 | 3 |
2012 | En. Francis Ngu Woo Kiu | Datuk Lau Zen Kiong | 9 | 11 | 5 |
2013 | En. Francis Ngu Woo Kiu | Datuk Lau Zen Kiong | 9
11 |
16
15 |
6 |
2014 | En. Francis Ngu Woo Kiu | En. Kuo Chin Woo | 11 | 17 | 6 |
2015 | En. Francis Ngu Woo Kiu | En. Kuo Chin Woo | 11 | 14 | 6 |
2016 | En. Francis Ngu Woo Kiu | En. Kuo Chin Woo | 11 | 13 | 6 |
2017 | En. Soon Wei Chin | En. Kuo Chin Woo | 11 | 15 | 6 |
2018 | En. Soon Wei Chin | En. Kuo Chin Woo | 10 | 19 | 6 |
2019 | En. Kueh Koh Hong | En. Kuo Chin Woo | 7 | 16 | 4 |
2020 | En. Kueh Koh Hong | En. Kuo Chin Woo | 7 | 16 | 4 |
2021 | En. Kueh Koh Hong | En. Kuo Chin Woo | 7 | 17 | 4 |
2022 | En. David Tong Diung Ong | En. Kuo Chin Woo | 7 | 18 | 4 |
Pencapaian
suntingPada tahun 2019, sekolah ini berjaya mencapai 100% kelulusan UPSR. Di samping itu, sekolah ini juga berjaya mendapat Johan dalam Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum (AKK) peringkat negeri Sarawak dan mendapat tempat ke-3 AKK peringkat kebangsaan untuk kategori Sekolah Kurang Murid (SKM).
- Sekolah Jenis Kebangsaan Hang Kwong
- D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu
- 96000, Sibu
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = TIADA
- Faks = TIADA