Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (IGOP) atau nama ringkasnya SBPI Gopeng, merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di negara ini yang terletak di Jalan Kota Bharu. SBPI Gopeng mula dibuka pada 17 Februari 2003 dengan pengambilan pelajar perintis seramai 220 orang. SBPI Gopeng juga merupakan salah sebuah daripada 8 buah sekolah integrasi yang mula diperkenalkan pada tahun 2002. SBPI Gopeng merupakan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi yang pertama dan satu-satunya dibuka di negeri Perak.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Kota Bharu,, Gopeng, 31600, Perak Darul Ridzuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kerajaan |
Moto | Ilmu, Amal, Iman |
Ditubuhkan | 2003 |
Nombor sekolah | (+6)05-3597688 |
Kod sekolah | ARA9001[1] |
Pengerusi PIBG | En. Jasni bin Hashim |
Pengetua | Pn. Hjh Roslina binti Ishak |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Ainul Akmar binti Ahmad Tazalli |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Cik Sauyah binti Abdul Halim |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Wan Norzuhairi bin Wan Abdullah |
Faks | (+6)05-3591788 |
Laman sesawang | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng |
"Menjana Komuniti Berilmu Bertaraf Dunia" |
Dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan sosial, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan sekolah integrasi yang menyediakan bidang Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng memiliki 231 pelajar lelaki dan 256 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 487 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009
Pada 2013, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (I-GOP) telah dianugerahkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 4 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).[2]
Latar Belakang Sekolah
suntingSekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (I-GOP) dibina di atas Lot 137664 dalam Mukim Teja, Daerah Kecil Gopeng. Luas kawasan sekolah ini adalah 27 ekar. Pembinaan bermula pada 13 November 2000. Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM 30.4 juta. I-GOP adalah merupakan salah sebuah daripada 14 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang telah dinaiktaraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi.
I-GOP telah beroperasi secara pentadbiran pada bulan Disember 2002 dan dibuka pada tanggal 2 Januari tahun 2003. Manakala pada 17hb Februari 2003, I-GOP telah menerima murid sulong yang terdiri dari 89 orang murid Tingkatan 1 dan 81 orang murid Tingkatan Empat, dengan kekuatan 10 orang guru. Bilangan murid sekolah ini bertambah tahun demi tahun dan pada tahun 2010 seramai 599 orang murid yang terdiri daripada 290 putera dan 309 puteri telah menimba ilmu di sekolah ini. Bilangan guru juga telah bertambah kepada 60 orang pada tahun 2008 dengan dibantu oleh 22 orang kakitangan sokongan.
Profil sekolah
suntingMoto
suntingIlmu, Amal, Iman
Visi
suntingSekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng Menjana Komuniti Berilmu Bertaraf Dunia.
Misi
suntingSekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng melaksanakan:-
- Pengurusan pendidikan berkualiti
- Kepimpinan
- Pembangunan sahsiah
- Kecermelangan kokurikulum
- Memasyarakatkan sekolah
Piagam Pelanggan
suntingKami warga Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng berazam untuk merealisasikan Pengurusan Pendidikan Berkualiti seperti berikut:-
- Melaksanakan pengurusan pendidikan berkualiti yang cekap dan berkesan
- Memaksimumkan penggunaan ICT dalam P&P dan pentadbiran
- Menyediakan kemudahan pembelajaran yang lengkap dan kondusif
- Menyediakan peluang dan kemudahan aktiviti kokurikulum untuk semua murid
- Menyediakan prasarana asrama yang selesa dan kondusif
- Setiap guru dan kakitangan akan mendapat latihan peningkatan profesionalisme sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun
- Setiap aduan guru, ibu bapa dan waris serta murid-murid akan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari.
- Memastikan sistem penyampaian maklumat secara tulus dan berkesan
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan berbudi bahasa daripada warga sekolah
- Pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa
- Melaksanakan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengambil tindakan segera selewat-lewatnya 3 hari dari tarikh menerima arahan
- Sila berurusan dengan Pengetua untuk mendapatkan sebarang maklumat
Falsafah Sekolah
suntingKesepaduan antara ilmu yang sempurna dan pengetahuan yang luas adalah tunggak dalam usaha membina insan berbudaya.
Lagu Sekolah
suntingIlmu Sentiasa Dijunjung
Agama Tetap Dijulang
Tabah, Harungi, Segala Liku Ini
Jasmani Dan Rohani, Sama Diimbangi
Azam Nyalakan Kukuh Peribadi
Integrasi Mencapah Ilmu
Lahirkan Insan Berkualiti
Harumkan Persada Pertiwi
Jayakan Wawasan Suci
Integrasi Gopeng Sedia Berbakti
Logo
sunting
- Atom Bohr : Merujuk kepada sains teras pemangkin kecermelangan pelajar
- Bentuk Bulatan : Melambangkan keseimbangan individu
- buku : Melambangkan pegangan agama sebagai asas kepada keimanan, ilmi dan amalan
- Jangka Lukis dan Gear : Matlamat sekolah bagi melahirkan pelajar yang seiring dengan kemajuan negara yang berasaskan sains dan teknologi
- Lima bulatan yang bercantum : Matlamat sekolah bagi melahirkan pelajar yang berpotensi ke arah kecermelangan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi dan jasmani berteraskan 5 Rukun Islam dan 5 Rukunegara
Tiga Pakej Aliran Menengah Atas
suntingAliran Sains Tulen Agama
suntingKod | Subjek | Bahasa Dalam Peperiksaan |
---|---|---|
1103 | Bahasa Melayu | Bahasa Melayu |
1119 | Bahasa Inggeris | Bahasa Inggeris |
1449 | Matematik | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
1249 | Sejarah | Bahasa Melayu |
3472 | Matematik Tambahan | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
5227 | Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah | Bahasa Melayu |
5228 | Pendidikan Syariah Islamiah | Bahasa Melayu |
2361 | Bahasa Arab Tinggi | Bahasa Arab |
4531 | Fizik | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
4541 | Kimia | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
4551 | Biologi | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
Aliran Sains Tulen
suntingKod | Subjek | Bahasa Dalam Peperiksaan |
---|---|---|
1103 | Bahasa Melayu | Bahasa Melayu |
1119 | Bahasa Inggeris | Bahasa Inggeris |
1223 | Pendidikan Islam | Bahasa Melayu |
1449 | Matematik | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
1249 | Sejarah | Bahasa Melayu |
3472 | Matematik Tambahan | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
4531 | Fizik | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
4541 | Kimia | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
4551 | Biologi | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
Pencapaian
sunting- Anugerah Sekolah Cemerlang (2009)
- Anugerah Tawaran Baru Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan (2010, 2011, 2012, 2013, 2014)
- Bai'ah "New Deals" (2010, 2011, 2013)
- Anugerah Asrama Terbilang (Tempat Keempat, 2011), (Tempat Kelima, 2012), (Tempat Ketiga, 2013), (Naib Johan, 2014), (Johan, 2015, 2016), (Naib Johan, 2017)
- Anugerah Sistem Rumah Terbilang (Tempat Keempat, 2014)
- Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan (2011)
- Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (2013)
Perhubungan
suntingAlamat:
No. Telefon / Faksimili :
- No. Telefon = (+6)05-3597688
- No. Faksimili = (+6)05-3591788