Sekam Di Dada
Sekam Di Dada ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 arahan Zamri Zakaria terbitan Saphire Screen Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Dato Adi Putra, Amyra Rosli, Josiah Hogan, Qistina Khaled, Auni Yusri, Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 pada 12 Mac hingga 10 April 2025 menggantikan Teratak Kasih Salina. Drama ini juga bersiaran di Hypp Sensasi pada 1 jam selepas siaran di TV3.
Sekam Di Dada | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Wan Mahani Wan Hassan |
Pengarah | Zamri Zakaria |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Tetap Berharap" - Jimi Kamal (OIAM) |
Lagu penutup | "Lumrah Cinta" - Puteri Khareeza |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Hazrul Riza Amirul Rafik |
Penerbit | Hasniza Nordin |
Penyunting | Norsyilawati Idris |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Saphire Screen Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Samarinda) Hypp Sensasi (Ulangan) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 12 Mac 2025 – 10 April 2025 |
Kronologi | |
Mengikuti | Teratak Kasih Salina |
Diikuti oleh | Dari Rahim Yang Sama |
Sinopsis
suntingMengisahkan penderitaan Orkid (Amyra Rosli), seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan toksik bersama suaminya, Nasir (Dato' Adi Putra). Di luar, Nasir mungkin nampak seperti seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab, tetapi di sebalik dinding rumah mereka, Orkid berdepan dengan tekanan mental yang semakin menghimpit.
Apabila Nasir jatuh sakit dan kehilangan keupayaan berjalan akibat jangkitan kuman pada saraf tunjang, Orkid mengambil keputusan mengejutkan, dia menuntut cerai! Keputusan itu tidak hanya mencetuskan kemarahan Nasir, malah menimbulkan ketidakpercayaan di kalangan anak-anak mereka, Nazman (Apich Lo) dan Sara (Auni Yusri).
Nazman langsung tidak dapat menerima keputusan ibunya. Bagi Nazman, ibunya seorang yang kejam, curang, dan tidak bertanggungjawab. Namun, tidak semua ahli keluarga mudah terpengaruh dengan kata-kata Nasir. Noreen (Qistina Khaled) dan Sara percaya bahawa seorang ibu tidak akan bertindak tanpa sebab. Tapi apakah rahsia yang Orkid simpan selama ini? Mengapa dia memilih untuk meninggalkan Nasir ketika suaminya berada dalam keadaan paling lemah?
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Dato Adi Putra sebagai Nasir
- Amyra Rosli sebagai Orkid
- Auni Yusri sebagai Sara
- Qistina Khaled sebagai Noreen
- Apich Lo sebagai Nazman
- Josiah Hogan sebagai Arif
- Puteri Sarah Liyana sebagai Rozie
- Nadia Brian sebagai Suri
- Izuan Razali sebagai Rizal
- Ieda Moin sebagai Munah
- Eizlan Yusof sebagai Jusoh
- Syazuwan Hassan sebagai Hisham
- Arash Mohamad sebagai Azman / Ayah Man
- Idan Aedan sebagai Nasir (Remaja)
- Firdaus Ghufran sebagai Adam
- Ako Mustapha sebagai Salim
- Fathil Dani sebagai Imam
- Izuan Razali sebagai Rizal
- Ady Mohammad sebagai Razak
Pelakon tambahan
sunting- akan diumumkan
Pautan luar
suntingTV3: Slot Samarinda, Isnin-Jumaat (Sepanjang Ramadhan dan Raya), 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Sekam Di Dada | Berikutnya |
Teratak Kasih Salina | Dari Rahim Yang Sama |