Sejarah Emiriah Arab Bersatu
Negeri-negeri (lebih dikenali sebagai Emiriah) di sepanjang pesisir pantai Teluk Parsi memberikan kuasa pertahanan dan hal ehwal luar kepada Kerajaan United Kingdom pada kurun kesembilan belas dan kedua puluh. Pada tahun 1971, enam daripada negeri ini - Abu Dhabi, Ajman, Fujairah, Sharjah, Dubai, dan Umm al-Qaiwain - bergabung untuk menubuhkan Emiriah Arab Bersatu. Pada tahun 1972, persekutuan ini disertai pula oleh Ras al-Khaimah.