Seigo Kitamura
Seigo Kitamura (北村 誠吾, Kitamura Seigo, lahir 29 Januari 1947) ialah ahli politik Jepun dari Parti Demokratik Liberal (LDP), ahli Dewan Perwakilan dalam Diet Jepun (badan perundangan kebangsaan). Berasal dari Ojika, Nagasaki dan lulusan Universiti Waseda, beliau tidak berjaya dalam kempen politik untuk menjadi ahli Perhimpunan Wilayah Nagasaki pada 1982 tetapi berjaya menjadi ahli Perhimpunan Sasebo, Nagasaki pada tahun berikutnya. Pada 1986, beliau tidak berjaya dalam bertanding sebagai calon bebas untuk Dewan Perwakilan. Setelah berkhidmat di Perhimpunan Wilayah Nagasaki selama empat penggal sejak 1987, beliau terpilih menjadi ahli Dewan Perwakilan buat pertama kalinya pada 2000 sebagai calon bebas. Beliau kemudian menyertai LDP.
Seigo Kitamura | |
---|---|
北村 誠吾 | |
Menteri Negara (untuk Pembaharuan Peraturan) Menteri Negara (untuk Promosi Mengatasi Penurunan Penduduk dan Memanfaatkan Ekonomi Tempatan di Jepun) | |
Menyandang jawatan 11 September 2019 | |
Perdana Menteri | Shinzo Abe |
Naib Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 05 Ogos 2008 – 29 September 2009 | |
Perdana Menteri | Yasuo Fukuda Taro Aso |
Ahli Dewan Perwakilan Jepun untuk Daerah Nagasaki ke-4 | |
Menyandang jawatan 25 Jun 2000 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ojika, Nagasaki, Jepun | 29 Januari 1947
Tempat belajar | Universiti Waseda |
Beliau berkhidmat sebagai Menteri Negara sejak 11 September 2019.
Rujukan
sunting- 政治家情報 〜北村 誠吾〜 (dalam bahasa Jepun). JANJAN. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2007. Dicapai pada 20 Oktober 2007.
Pautan luar
sunting- Laman sesawang rasmi (dalam bahasa Jepun)