Segama
Segama ialah salah sebuah Mukim yang terdapat di Daerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
Segama | |
---|---|
![]() Pemandangan Gua Tepadung, Lahad Datu | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bahagian | Bahagian Tawau |
Daerah | Lahad Datu |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Lahad Datu |
• DUN | Yang Berhormat Datuk Mohamaddin Ketapi (Parti Warisan Sabah) (Segama) |
Zon waktu | MST |
Kawasan Kejiranan | Sapagaya |
Etimologi
suntingNama Segama berasal daripada perkataan se'agama atau segamo dalam Bahasa Idahan.
Sejarah
suntingSebelum Era Penjajahan Inggeris, Segama merupakan sebuah perkampungan yang dihuni oleh Suku Kaum Idahan, manakala suku kaum Subpan pula mendiami kawasan Ulu Segama.
Gudang Segama
Geografi
suntingKawasan Segama terletak di bahagian tengah Daerah Lahad Datu yang bersempadan dengan beberapa buah mukim lain seperti Mukim Dam, Mukim Bandar, Mukim Sapagaya dan juga Mukim Paris di Kinabatangan.
Sungai
suntingSungai Segama merupakan sungai terpanjang dan terbesar di daerah Lahad Datu.
Demografi
suntingPenduduk Mukim Segama hari ini terdiri daripada berbilang kaum, contohnya seperti etnik Idahan, Subpan, Dusun Segama, Melayu Kokos, Bajau, Bugis, Jawa dan Cina.
Agama Islam adalah Dominant di Mukim Segama diikuti oleh Agama Kristian dan lain-lain.
Kampung
sunting- Kampung Segama Lama batu 8
- Kampung Sapadulang
- Kampung Kokos Batu 6
- Kampung Bukit Belacon
- Kampung Tawaiyari
- Kampung Upak Mesuli
- Kampung Lituk Pulau
- Kampung Sunduron
- Kampung Buang Sayang
- Kampung Kenangan
- Kampung Batu 4
- Kampung Batu 5 Jalan Paijo
- Kampung Tamoi Baru
Ekonomi
suntingPendidikan
suntingTerdapat beberapa buah sekolah di Kawasan Segama iaitu
- Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon
- Sekolah Kebangsaan Tawaiyari
- Sekolah Kebangsaan Batu 6 1/2 Segama
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kiau Shing
- Sekolah Agama Rakyat Kampung Cocos
- Sekolah Menengah Kebangsaan Segama
- Sekolah Menengah Sains Lahad Datu
- Kolej Vokasional Lahad Datu
- Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC)
Tempat menarik
suntingAntara tempat menarik dan kawasan bersejarah di Segama adalah seperti Gua Tapadong, Hutan Simpan Ulu Segama, Taliwas dan Gudang Segama yang merupakan bangunan tinggalan British.
Rujukan
sunting
Pautan luar
sunting