Seefood (Juga dikenali sebagai Sea Level di Amerika Syarikat[1]) merupakan sebuah filem animasi yang ditayangkan pada 8 Mac 2012 di Malaysia. Filem ini dihasilkan oleh Silver Ant.

Seefood
PenulisJeffrey Chiang
Dihasilkan olehSilver Ant
Al Jaheera Children's Channel
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
8 Mac 2012
Masa tayangan
90 minit
Negara Malaysia
 Qatar
BahasaBahasa Inggeris
BajetRM 12 juta
Pecah panggungRM 2.36 juta

Julius seekor yu sirip bulat ganas tetapi sebenarnya sangat ceria bersama Pup seekor yu cicak insang putih bermain di terumbu karang. Tiba-tiba mereka terserempak dengan dua orang penyelam yang mengambil telur-telur ikan. Pup gagal menyekat mereka. Pup yang kesedihan cuba dipujuk oleh Julius dengan kelakuan yang melucukan tetapi gagal lalu Julius membawa Pup pulang ke kediamannya, sebuah kapal karam yang penuh dengan wang emas.

Sementara itu, sebuah kilang yang berhampiran persisiran pantai telah membuang sisa-sisa bahan industri ke laut berhampiran tempat tinggal mereka lantas mengakibatkan pencemaran terhadap terumbu karang, air laut dan kehidupan lain. Julius ditugaskan untuk menyelamatkan Pup. Octo memperkenalkan ciptaan baharunya yang mampu membuatkan Julius naik ke darat. Julius yang naik ke darat kini menjadi buruan penyelam-penyelam tersebut yang juga ingin menjadikannya salah satu hidangan istimewa.

Pelakon suara

sunting
  • Gavin Yap sebagai Julius, seekor yu sirip bulat[2]
  • Diong Chae Lian sebagai Pup, seekor yu cicak insang putih muda[2]
  • Christina Orow sebagai Myrtle, seekor penyu hijau yang tua
  • Kennie Dowle sebagai Octo, kurita cincin biru yang merupakan saintis gila
  • Jason Daud Cottom sebagai Larry, ikan pandu yang merupakan pelayan kepada Julius
  • Andrew Susay sebagai Moe, ikan pandu yang merupakan pelayan Julius yang lain
  • Brian Zimmerman sebagai Curly, ikan pandu, juga merupakan pelayan Julius
  • Colin Chong sebagai Lee, seekor ayam jantan
  • Adila Shahir sebagai Heather, seekor ayam betina
  • Tikriti Shabudin sebagai Spoch, seekor ayam jantan
  • Rob Middleton sebagai Herc, seekor ayam jantan
  • Chi-Ren Choong sebagai penjual ikan
  • Steven Tan sebagai Lanky
  • Maxwell Andrew sebagai Pudgy
  • Mike Swift sebagai Murray, seekor belut laut jahat yang hidup di laut dalam
  • Jay Sheldon sebagai Spin, seekor pari selatan
  • Ramona Rahman sebagai Mrs. Chong
  • Amelia Henderson sebagai Ruby
  • Ralph Guggeria sebagai juruhebah TV
  • Toby Keith II sebagai kuda laut

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Release Dates". IMDb.com. Dicapai pada 29 May 2012.
  2. ^ a b ""Seefood" swims home! - Yahoo". My.entertainment.yahoo.com. 29 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2013. Dicapai pada 25 Oktober 2013.

Pautan luar

sunting