Scyphozoa
Scyphozoa merupakan haiwan laut bagi filum Cnidaria, [2] yang mana ia dikenali sebagai “obor
Scyphozoa | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Templat taksonomi hilang (baiki): | Scyphozoa |
Scyphozoa Temporal range:
| |
---|---|
Cephea cephea | |
Scientific classification | |
Kingdom: | Animalia |
Phylum: | Cnidaria |
Subphylum: | Medusozoa |
Class: | Scyphozoa Götte, 1887 |
Subgroups | |
obor -obor sebenar”.
Kelas Scyphozoa adalah berasal daripada perkataan Greek skyphos ( σκύφος ), yang merujuk kepada sejenis cawan minuman yang bentuknya seakan sama dengan Scyphozoa. [3]
Obor-obor spesies Scyphozoa depercayai telah wujud dari zamanKambrium sehingga kini.[1]
Biologi
suntingKebanyakan spesies Scyphozoa mempunyai tiga fasa kitar hidup, iaitu medusa planktonik polip dan bentuk obor-obor (matang). Medusa dalam kebanyakan spesies berkembang secara pesat dan mencapai matang dalam tempoh yang lama, kemudian ia akan mati sebaik sahaja selepas pembiakan. Dalam fasa medusa, mereka akan memakan pelbagai jenis ikan dan krutasea yang diburu menggunakan sel penyengat, iaitu nematocysts yang terdapat pada seluruh tentakelnya. Namun begitu, terdapat beberapa spesies yang menggunakan sesungutnya bagi tujuan menapis plankton daripada air. Pada peringkat polip, yang mana mereka akan melekat pada dasar laut dan hidup lebih lama. Scyphozoa hidup di sekitar permukaan air sehingga kawasan laut dalam. Scyphozoa yang besar dan berwarna warni kebiasaannya berada di zon pantai di seluruh dunia dan mempunyai saiz diameter antara 2 sentimeter sehingaa 40 sentimeter. Namun, spesies terbesar yang ditemui ialah Cyanea capillatayang saiznya boleh mencecah sehinggga dua meter melintang.
Anatomi
suntingScyphozoa mempunyai empat bahagian yang simetri dan juga mempunyai bahan gelatin yang dipanggil sebagai mesoglea, iaitu tergolong dalam sel amoeboid mudah alih dari bahagian epidermis. Gelatin ini memberikan stuktur yang sama seperti rangka.
Meskipun begitu, keseluruhan Scyphozoan tidak mempunyai bahagian yang keras seperti tiada kepala, tiada organ pernafasan dan juga tiada organ perkumuhan. [4] [5] Disebabkan mereka hanya terdiri daripada air (kira-kira 98 peratus air), oleh itu, Scyphozoa dan spesies obor-obor yang lain jarang ditemui dalam bentuk fosil.
Scyphozoa mengandungi kandungan vellum (membrane bulat di bahagian bawah payung yang membantu mendorong obor-obor berenang dalam air) yang rendah. Walaubagaimanapun, mesoglea di sekeliling tepi payung mengandungi gelang gentian otot yang membantu Scyphozoa untuk bergerak. Otot tersebut akan berdenyut dengan menguncup dan mengendur secara berulang-ulang[6] sehingga boleh mendorong Scyphozoa berenang dan bergerak dalam air.
Pembiakan
suntingKebanyakan spesies wujud secara gonochorists iaitu individu lelaki dan individu perempuan adalah berasingan. Gonad atau kelenjar seks terletak di lapisan perut dan gamet matang dikeluarkan melalui mulut. Selepas persenyawaan berlaku, sesetengah spesies akan mengeram anak mereka di dalam kantung yang terletak dia bahagian sesungut dan sesetengah lagi akan membiarkan anak tersebut terampai sahaja. [7]
Pertumbuhan dan perkembangan
suntingTelur yang disenyawakan akan menghasilkan larva planular yang mana ia akan melekat pada dasar laut. Larva kemudian berkembang menjadi polip kecil yang dikenali sebagai Scyphistoma. Scyphistoma membiak secara aseksual dan kemudian menghasilkan polip yang serupa dengan pucuk. Polip ini pula akan berubah menjadi dua keadaan berbeza, iaitu sama ada berubah menjadi medusa atau bercambah kepada beberapa medusa dari bahagian atasnya. Proses ini dipanggil sebagai strobilasi. Medusa ini akan mengambil masa yang lama sehingga bertahun-tahun untuk mencapai usia kematangan seksual. [7]
Kepentingan komersial
suntingScyphozoa termasuk jeli bulan Aurelia aurita, [8] dalam ordo Semaeostomeae, dan Nemopilema nomurai yang sangat besar, dalam ordo Rhizostomeae, ditemui antara Jepun dan China dan yang dalam beberapa tahun menyebabkan gangguan perikanan besar.
Obor-obor yang dipancing secara komersial untuk makanan ialah Scyphomedusae dalam urutan Rhizostomeae . [9] Kebanyakan obor-obor rhizostome hidup dalam air suam. [10]
Taksonomi
suntingWalaupun Scyphozoa dahulunya dianggap termasuk haiwan yang kini dirujuk sebagai kelas Cubozoa dan Staurozoa, mereka kini hanya merangkumi tiga pesanan yang masih ada (dua daripadanya berada dalam Discomedusae, subkelas Scyphozoa). [11] Kira-kira 200 spesies yang masih wujud diiktiraf pada masa ini, tetapi kepelbagaian sebenar mungkin sekurang-kurangnya 400 spesies. [11]
Kelas Scyphozoa
- Subkelas Coronamedusae
- Pesan Coronatae
- Keluarga Atollidae
- Keluarga Atorellidae
- Keluarga Linuchidae
- Keluarga Nausithoidae
- Keluarga Paraphyllinidae
- Keluarga Periphyllidae
- Subkelas Discomedusae
- Perintah Rhizostomeae
- Suborder Daktyliophorae
- Keluarga Catostylidae
- Keluarga Lobonematidae
- Keluarga Lychnorhizidae
- Keluarga Rhizostomatidae
- Keluarga Stomolophidae
- Suborder Kolpophorae
- Keluarga Cassiopeidae
- Keluarga Cepheidae
- Keluarga Mastigiidae
- Keluarga Thysanostomatidae
- Keluarga Versurigidae
- Perintah Semaeostomeae
- Keluarga Cyaneidae
- Keluarga Drymonematidae [12]
- Keluarga Pelagiidae
- Famili Phacellophoridae
- Keluarga Ulmaridae
Rujukan
sunting- ^ a b Liu, Yunhuan; Shao, Tiequan; Zhang, Huaqiao; Wang, Qi; Zhang, Yanan; Chen, Cheng; Liang, Yongchun; Xue, Jiaqi (2017). "A new scyphozoan from the Cambrian Fortunian Stage of South China". Palaeontology. 60 (4): 511–518. doi:10.1111/pala.12306.
- ^ Dawson, Michael N. "The Scyphozoan". Dicapai pada 2008-08-11.
- ^ Towle, Albert (1989). Modern biology. Austin, Texas: Holt, Rinehart and Winston. ISBN 978-0030139192.
- ^ Cartwright, P., Halgedahl, S.L., Hendriks, J.R., Jarrad, R.D., Marques, A.C., Collins, A.G., and Lieberman, B.S., 2007, Exceptionally preserved jellyfishes from the Middle Cambrian.
- ^ Richards, H.G., 1947, Preservation of fossil jellyfish: Bulletin of the Geological Society of America, v. 58, p. 1221.
- ^ Morris, M., and Fautin, D., 2001, Animal Diversity Web: University of Michigan Museum of Zoology, "Scyphozoa., Accessed: September 28, 2008.
- ^ a b Barnes, Robert D. (1982). Invertebrate Zoology. Philadelphia, PA: Holt-Saunders International. m/s. 139–149. ISBN 978-0-03-056747-6.
- ^ Berking S, Herrmann K (2007). "Compartments in Scyphozoa". Int. J. Dev. Biol. 51 (3): 221–8. doi:10.1387/ijdb.062215sb. PMID 17486542.
- ^ Omori, Makoto; Eiji Nakano (2001). "Jellyfish fisheries in southeast Asia". Hydrobiologia. 451 (1/3): 19–26. doi:10.1023/A:1011879821323.
- ^ Kramp, P. L. (1961). "Synopsis of the medusae of the world". Journal of the Marine Biological Association of the United Kingdom. 40: 1–469. doi:10.1017/s0025315400007347.
- ^ a b Daly, Brugler, Cartwright, Collins, Dawson, Fautin, France, McFadden, Opresko, Rodriguez, Romano & Stake (2007).
- ^ Bayha, K. M., and M. N. Dawson (2010).