Scarlet Nexus
Scarlet Nexus ialah permainan video berperanan aksi yang dibangunkan oleh Bandai Namco Studios dan Tose. Ia diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Permain terbit pada tarikh 25 Jun 2021 bagi platform PlayStation 4, PlayStation 5, Windows, Xbox One dan Xbox Series X dan Series S. Permainan ini menerima ulasan yang lazimnya positif daripada ahli kritik, dengan pujian bagi grafik pertempuran dan gaya permainan tetapi kritikan negatif untuk misi ranting dan watak penyokong. Permainan ini telah terjual 1 juta unit menurut statistik penjualan syarikat pada bulan April 2022.
Scarlet Nexus | |
---|---|
Fail:Scarlet Nexus cover.jpg | |
Pembangun | |
Penerbit | Bandai Namco Entertainment |
Pengarah | Kenji Anabuki |
Pengeluar | Keita Iizuka |
Pereka |
|
Pengatur cara | Kakeru Nakamura |
Artis | Kota Ochiai |
Penulis |
|
Komposer | Hayata Takeda |
Enjin | Unreal 4[1] Unity (Digital Artbook/Soundtrack App) |
Platform | |
Pelepasan | 25 Jun, 2021 |
Genre | Permainan video berperanan |
Mod | Pemain tunggal |
Anime
suntingPada bulan Mac 18, 2021, sebuah siri anime mula memasuki tahap pembinaan oleh Sunrise dan diisytiharkan Funimation bagi luar benua Asia. Medialink dan Madman Entertainment ialah pemegang lesen bagi serantau Asia-Pacific.[2] Hiroyuki Nishimura merupakan pengarah dan Yōichi Katō, Toshizo Nemoto serta Akiko Inoue sebagai penulis naskah. Pengasas reka watak ialah Nishimura dan Yuji Ito. Muzik anime diselia oleh Hironori Anazawa.[3] Anime tayang dari tarikh 1 Julai sehingga 23 Disember 2021.[4][5]
Bon
suntingPenerimaan | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Scarlet Nexus mendapat bon yang positif dari beberapa laman pengkritik seperti Metacritic.[6][7][8][9]
Pujian-pujian diberikan bagi mekanik pertarungan yang khas dibanding permain berperanan lain terutama sistem kuasa telekinesis yang dikongsikan oleh kedua-dua protagonist, ahli kritik IGN, Mitchell Saltzman menulis bahawa "kemudahan beralih antara kuasa [telekinetik dan serangan hantaman] sungguh mendebarkan dan pelakuran antara pertarungan jarak dekat maupun jauh tiada tanding dari permainan berperanan lain di tahun ini."[15] Ahli kritik dari NME, Jon Bailes bersetuju dengan pendapat Saltzman dan berkata bahawa "Tempoh permainan perlahan tetapi mesti, bergerak kepada sesuatu yang sungguh spesual. Saya terpana dengan irama pengimbang jam ketika menyerang dengan pedang dan pandangan saya bagi telekinetik ... jelas permainan ini melampaui permainan-permainan lain dalam keanjalan dinamiknya."[19]
Ahli kritik merasa sangat kecewa dengan misi ranting dalam permainan yang merupakan satu ciri terlemahnya. Misi ranting dalam permainan ini teruk jika dibanding permainan berperanan lain dan cabaran dalam misi hanya mencari beberapa item tertentu.[13][14][20] Salah satu ahli kritik Polygon, George Yang mendedahkan bahawa misi ranting di permainan ini kopak dalam menggunakan latar permainan yang "kaya akan kisah dan cabaran politik" dalam permainan ini terdapat tema "diskriminasi kelas sosial, jijik melihat penderita kecacatan dan bentuk diskriminasi lain yang seharusnya cerita ranting memperkasakan cerita utama."[20]
Scarlet Nexus dicalonkan ke dalam senarai Permainan Berperanan Terbaik pada Anugerah Permainan Video 2021, tetapi ditewaskan oleh Tales of Arise, permainan lain yang diasas Bandai Namco Entertainment.
Penjualan
suntingPada platform PlayStation 4, Scarlet Nexus terjual 20,160 unit fizikal pada minggu pertama di Jepun, memejalkan permainan ini sebagai siri penjualan runcit terbaik kelima negara itu. Versi PlayStation 5 terjual 11,008 unit digital maupun fizikal pada minggu yang sama, Scarlet Nexus menduduki peringkat ke-9.[21] Scarlet Nexus ialah permainan dengan penjualan terbaik ke-4 di AS pada bulan Jun 2021 in the AS, dan menduduki salah satu peringkat carta penjualan terbaik di Xbox dan PlayStation pada bulan yang sama.[22]
Setakat April 2022, permainan ini telah terjual 1 juta unit dan dimainkan oleh 2 juta pemain.[23]
Rujukan
sunting- ^ Morgan, Thomas (July 1, 2021). "Scarlet Nexus: Unreal Engine 4 deployed to excellent effect on PS5 and Xbox Series consoles". Eurogamer. Dicapai pada October 3, 2021.
- ^ "[Ani-One News Sharing]《SCARLET NEXUS》is coming up on Ani-One in this July! Stay tuned on our social media for more updates!". Facebook. May 12, 2021. Dicapai pada May 12, 2021.
- ^ "Scarlet Nexus Anime's Video Reveals More Cast, Main Staff, July 1 Debut". Anime News Network. May 12, 2021. Dicapai pada May 13, 2021.
- ^ Friedman, Nicholas (March 18, 2021). "Scarlet Nexus Anime From Sunrise to Stream on Funimation This Summer". Funimation. Dicapai pada March 18, 2021.
- ^ "Scarlet Nexus Game Gets Anime by Sunrise This Summer". Anime News Network. March 18, 2021. Dicapai pada March 18, 2021.
- ^ a b "Scarlet Nexus for PC Reviews". Metacritic. Dicapai pada July 1, 2021.
- ^ a b "Scarlet Nexus for PlayStation 4 Reviews". Metacritic. Dicapai pada July 14, 2021.
- ^ a b "Scarlet Nexus for PlayStation 5 Reviews". Metacritic. Dicapai pada June 25, 2021.
- ^ a b "Scarlet Nexus for Xbox Series X Reviews". Metacritic. Dicapai pada July 9, 2021.
- ^ Allen, Eric (23 June 2021). "Review: Scarlet Nexus". Destructoid. Dicapai pada 25 June 2021.
- ^ "Famitsu Review Scores: Issue 1700". Gematsu. 30 June 2021.
- ^ Tack, Daniel (23 June 2021). "Scarlet Nexus Review – Anime Ascendant". Game Informer. Dicapai pada 25 June 2021.
- ^ a b Kemps, Heidi (23 June 2021). "Scarlet Nexus Review -- The Ties That Bind". GameSpot. Dicapai pada 25 June 2021.
- ^ a b Cryer, Hirun (23 June 2021). "Scarlet Nexus review: "A brilliant battle system let down by underwhelming side content"". GamesRadar+. Dicapai pada 25 June 2021.
- ^ a b Saltzman, Mitchell (23 June 2021). "Scarlet Nexus Review". IGN. Dicapai pada 25 June 2021.
- ^ TheXsable (23 June 2021). "Test Scarlet Nexus: Un Action-RPG sauce anime survolté !". Jeuxvideo.com. Dicapai pada 25 June 2021.
- ^ Capel, Chris (23 June 2021). "Scarlet Nexus review – mundane in the brain". PCGamesN. Dicapai pada 25 June 2021.
- ^ Williams, Dorrani (23 June 2021). "Scarlet Nexus review – Anime combat paired with multiple seasons worth of anime story". VG247. Dicapai pada 25 June 2021.
- ^ "'Scarlet Nexus' review: A tale of psychic powers that might overload your brain". NME (dalam bahasa Inggeris). 2021-06-23. Dicapai pada 2021-06-26.
- ^ a b Yang, George (2021-06-23). "The haunting twists of Scarlet Nexus make it a surprise gem". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-04.
- ^ Romano, Sal (July 2, 2021). "Famitsu Sales: 6/21/21 – 6/27/21 [Update]". Gematsu. Dicapai pada July 2, 2021.
- ^ Grubb, Jeff (July 16, 2021). "June 2021 NPD: Ratchet & Clank and Mario Golf set franchise records". VentureBeat. Dicapai pada July 17, 2021.
- ^ "「SCARLET NEXUS」,世界累計出荷・DL販売本数100万本,累計プレイヤー数200万人突破。体験版"Story Demo"の配信は本日スタート".
Pautan Luar
sunting- Tapak web rasmi (dalam bahasa Jepun)
- Official North American website (dalam bahasa Inggeris)
- Official European website (dalam bahasa Inggeris)