Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
Penyumbang utama di rencana ini nampaknya mempunyai hubungan rapat dengan subjek. (Julai 2019) |
Rencana ini nampaknya ditulis seperti sebuah iklan. (Julai 2019) |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, (Integrated School of Temerloh) InSOfT ialah sekolah berasrama penuh integrasi yang diasaskan pada 1 Januari 2002. Sekolah ini dibuka dan diuruskan pentadbirannya buat kali pertama oleh En. Abdul Razak bin Alias. Pada mulanya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh. Kemudian, sekolah ini dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Temerloh.
Pada 1 Jun 2002, sekolah ini kemudiannya dinaik taraf kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi oleh Sektor SBP Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh | |
---|---|
Lencana Sekolah | |
Alamat | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, 28010 Kerdau, Temerloh, Pahang Darul Makmur. |
Jenis Sekolah | Sekolah Berasrama Penuh (SBP) |
Motto | 'Di Sini Lahirnya Pemimpin' |
Telefon | 092847889 |
Kod Sekolah | CRA7001 |
Pengetua | Pn. Ku Zaleha binti Ku Saad |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Fakharudin bin Shahudin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Zulnajmi bin Abdul Ghani |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Norashidah binti Che Hassan |
Faks | 09-2847460 |
Laman web | [https://m.facebook.com/Sekolah-Berasrama-Penuh-Integrasi-Temerloh_Official-306023042784466/https://instagram.com/src.insoft?igshid=YmMyMTA2M2Y= |
Sejarah Sekolah
suntingSekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh mula dibuka pada 1 Januari 2002. Pada awalnya, sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh sementara menunggu kompleks yang sebenar di Kerdau, Temerloh siap. Kompleks tersebut berkeluasan 32 ekar. Guru-guru yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus sekolah semasa memulakan sesi persekolahan 2002 ialah Abdul Razak bin Alias (menjalankan tugas pengetua sehingga 15 Mac 2002), Abdul Khalid bin Daud, Zakaria bin Khalid, Zaripin bin Ismail, Abdul Rafar bin Yahya, Ruzawati binti Ramly, Zaitun binti Hamzah, Norashidah binti Che Hassan, Norhayati binti Zakaria dan Norehan binti Hassan.
Kumpulan pertama pelajar ialah seramai 106 orang dengan 50 orang pelajar lelaki dan 56 orang pelajar perempuan. Kesemua pelajar tersebut dibahagikan kepada 3 buah kelas dan pada 16 Mac 2002, Puan Hajah Afiah binti Abd Razak telah menjadi pengetua pertama sekolah ini. Pada 4 Jun 2002, 12 orang guru, 4 orang staf sokongan dan 93 orang pelajar sekolah ini telah berpindah ke kompleks sebenar sekolah di Kerdau. Pengambilan kedua pelajar melibatkan 65 orang pelajar. Pada 1 Jun 2002, Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh telah diambil alih oleh Sektor Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seiring dengan itu, bilangan pelajar tingkatan satu telah bertambah kepada 153 orang dengan 75 lelaki dan 78 perempuan. Jumlah kelas telah bertambah kepada 5 kelas iaitu 1 Al-Bukhari, 1 Al-Muslim, 1 At-Tirmizi, 1 An-Nasai dan 1 Ibnu-Majah. Jumlah guru juga telah bertambah kepada 14 orang. Sehingga Oktober 2011, bilangan pelajar seramai 529 orang pelajar.
Terkini, nama-nama kelas bagi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah diubah kepada Smart, Brilliant, Perfect, Intelligent. Asalnya terdapat tambahan kelas Thinker namun kelas tersebut berakhir setelah aliran sains teknikal tidak lagi ditawarkan di sekolah ini bermula tahun 2016.
Pada 30 April 2011, satu mesyuarat rasmi telah diadakan di SBPI Temerloh untuk membentuk Alumni rasmi SBPI Temerloh dengan gelaran AITEM (Alumni SBP Integrasi Temerloh). Pada 18 Oktober 2011, persatuan alumni ini telah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nama rasmi Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (AITEM).
Sekolah ini juga telah dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011.
Staf
sunting1 Januari 2002 - 15 Mac 2002 | En. Abdul Razak bin Alias (Memangku tugas pengetua) |
16 Mac 2002 - 2004 | Pn. Hajah Afiah binti Abdul Razak |
2004 - 2009 | Pn. Shariffah Asmak binti Syed Alwee |
2009 - 2009 | En. Zamri bin Sabri (memangku) |
2009 - 2010 | En. Hadi bin Mat Dain |
2010 - Mei 2010 | Pn. Faridah binti Ahmad (memangku) |
Mei 2010-April 2017 | Pn. Normah binti Ismail |
April 2017-Mac 2019 | Tuan Haji Zaberi bin Abdul Hamid, AMP. |
April 2019-Februari 2024 | Pn. Uminafisah binti Md Sirat |
PK Akademik | En. Fakharudin bin Shahudin |
PK Hal Ehwal Murid | En Shaifuddin bin Abu Samah |
PK Kokurikulum | Pn. Norashidah Che Hassan |
Sistem Pembantu Tadbir
suntingMajlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan satu organisasi badan pengawas. Setiap ahli yang berjawatan mestilah dinilai oleh Pengetua dan Pentadbir melalui temuduga untuk memastikan mereka layak untuk menjawat jawatan yang diberi. Dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mempunyai beberapa jawatan;
- Presiden
- Timbalan Presiden 1
- Timbalan Presiden 2
- Setiausaha
- Timbalan Setiausaha
- Bendahari
- Timbalan Bendahari
- Ketua Exco Disiplin
- Penolong Ketua Exco Disiplin
- Ketua Exco Kerohanian
- Penolong Ketua Exco Kerohanian
- Ketua Exco Kebajikan
- Penolong Ketua Exco Kebajikan
- Ketua Exco Personaliti
- Penolong Ketua Exco Personaliti
- Ketua Exco Protokol & Majlis
- Penolong Ketua Exco Protokol & Majlis
- Ketua Exco Akademik
- Penolong Ketua Exco Akademik
- Ketua Exco Dewan Makan
- Penolong Ketua Exco Dewan Makan
- Ketua Exco 3K
- Penolong Ketua Exco 3K
- Ketua Exco Kokurikulum
- Penolong Ketua Exco Kokurikulum
- Ketua Exco Lawatan & Pelancongan
- Penolong Ketua Exco Lawatan & Pelancongan
- Ketua Exco Multimedia & Dokumentasi
- Penolong Ketua Exco Multimedia & Dokumentasi
- 2022-2023
- Presiden: Muhammad Afwan bin Sapri
- Timbalan Presiden 1: Muhammad Hafidz Iskandar Bin Mohd Zurin
- Timbalan Presiden 2: Aini Najihah Binti Nasaruddin
- Setiausaha: Ahmad Sadiq Syakur Bin Zahari
- Timbalan Setiausaha: Nur Raihanah Binti Mohd Riduan
- Bendahari: Ariff Hakeem Bin Nasrannazli @ Mohd Azli
- Timbalan Bendahari: Nurul Nadhirah Binti Abdul Satar
- Ketua Exco Disiplin: Muhammad Amirul Aiman Bin Rosli
- Penolong Ketua Exco Disiplin: Amni Nuha Thaqifah Binti Taharin
- Ketua Exco Kerohanian: Muhammad Ramadhan Bin Saleh
- Penolong Ketua Exco Kerohanian: Nur Atiqah Soleha Binti Mohd Anuar
- Ketua Exco Kebajikan: Ahmad Daniel Mukhriz Bin Che Azman
- Penolong Ketua Exco Kebajikan: Amir Arash Bin Zaabar
- Ketua Exco Personaliti: Muhammad Jazmi Aiman Bin Azhar
- Penolong Ketua Exco Personaliti: Aleesya Dania Binti Kamal Arifin
- Ketua Exco Protokol & Majlis: Khairin Hafiz Bin Muhammad Khalid
- Penolong Ketua Exco Protokol & Majlis: Nur Suzana Binti Suhaimi
- Ketua Exco Akademik: Firdaus Bin Mohamad Sariff
- Penolong Ketua Exco Akademik: Mohamad Amer Haikal Bin Mohamad Adli
- Ketua Exco Dewan Makan: Iqmal Ihsan Bin Norazizan
- Penolong Ketua Exco Dewan Makan: Nurul Insyirah Binti Mohd Nor Afindi
- Ketua Exco 3K: Nor Aiman Mustaqeem Bin Norulhasmadi
- Penolong Ketua Exco 3K: Aina Afiqah Binti Mohamad Hamdan
- Ketua Exco Kokurikulum: Muhammad Syafiq Ikmal Bin Hassan
- Penolong Ketua Exco Kokurikulum: Farah Ayuni Binti Hasrimee
- Ketua Exco Lawatan & Pelancongan: Muhammad Syamil Firdaus Bin Suhairul
- Penolong Ketua Exco Lawatan & Pelancongan: Maidatul Wahyu Binti Mohamad Arif
- Ketua Exco Multimedia & Dokumentasi: Sharhan Fahmi Bin Shuhaidi
- Penolong Ketua Exco Multimedia & Dokumentasi: Yasmin Zulaikha Binti Zainor Ruzaimi
- 2023-2024
- Presiden: Izzat Bashir Bin Shahfrizal Anuar
- Timbalan Presiden 1: Muhammad Hazim Azfar Bin Rudin
- Timbalan Presiden 2: Nur Auni Safiyyah Binti Abdul Halim
- Setiausaha: Amirul Shafi Bin Mohd Nazri
- Timbalan Setiausaha: Alyssa Sofea Binti Ahmad Safarizan
- Bendahari: Khairin Hazif Bin Muhammad Khalid @ Ririn Kurnia Tati
- Timbalan Bendahari: Nur Dania Ardini Binti Zainorin
- Ketua Exco Disiplin: Adam Danial Bin Zaidee
- Penolong Ketua Exco Disiplin: Wafa Binti Hairollizam
- Ketua Exco Kerohanian: Muhammad Ikmal Muhaimin Bin Mustaffa
- Penolong Ketua Exco Kerohanian: Farihatul Wafa Binti Azmiruddin
- Ketua Exco Kebajikan: Suhairil Azrai Bin Shaizul Aziram
- Penolong Ketua Exco Kebajikan: Nur Ain Shahira Hasnul Huda
- Ketua Exco Personaliti: Dean Amir Bin Nazrul Azwan
- Penolong Ketua Exco Personaliti: Nabila Qistina Binti Rasli
- Ketua Exco Protokol & Majlis: Farihah Umairah Binti Umarddin
- Penolong Ketua Exco Protokol & Majlis: Muhammad Arif Shahmi Bin Shariffudin
- Ketua Exco Akademik: Nur EliaNajwa Binti Abdul Mubin
- Penolong Ketua Exco Akademik: Nur Alieya Arissya Binti Rosman
- Ketua Exco Dewan Makan: Syukri Bin Salim
- Penolong Ketua Exco Dewan Makan: Mujahidah Binti Mohamad Rosli
- Ketua Exco 3K: Muhammad Tsaqif Amjad Bin Zulkurnaini
- Penolong Ketua Exco 3K: Nur Annisa Farhana Binti Hassan
- Ketua Exco Kokurikulum: Muhammad Danish Najmi Bin Yusoh
- Penolong Ketua Exco Kokurikulum: Nur Darayani Binti Mohd Rezuan
- Ketua Exco Lawatan & Pelancongan: Azfar Harith Bin Mohd Hanif
- Penolong Ketua Exco Lawatan & Pelancongan: Amna Shahmina Binti Ahyat
- Ketua Exco Multimedia & Dokumentasi: Muhammad Danish Mikhail Hafiz Richard
- Penolong Ketua Exco Multimedia & Dokumentasi: Nur Ain Natasha Binti Mohd Rahimin
Sistem Rumah
suntingWarga InSofT dibahagikan kepada 6 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut rumah sukan. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, kokurikulum, sukan dan sebagainya.
Rumah | Warna | Lambang |
---|---|---|
Dato Onn | Hijau | Buaya |
Za'ba | Kuning | Harimau |
Tun Razak | Biru | Jerung |
Pak Sako | Coklat | Beruang |
Tunku Abdul Rahman | Merah | Phoenix |
Aminuddin Baki | Ungu | Naga |
Gaya pengajaran
suntingWaktu
suntingSesi PdP (pengajaran dan pembelajaran) di sekolah ini dijalankan pada setiap hari persekolahan. Pada hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 6.50 pagi setiap hari, para pelajar akan bergerak ke sekolah. Perhimpunan pagi diadakan setiap hari persekolahan pada pukul 7.00 pagi. Sesi PdP dimulakan pada pukul 7.30 pagi. Pelajar akan diberi masa rehat dari pukul 11.00 pagi hingga 11.30 pagi bagi pelajar menengah bawah (Tingkatan 1, 2 dan 3) manakala bagi pelajar menengah atas (Tingkatan 4 dan 5) akan rehat dari pukul 10.30 pagi hingga 11.00 pagi. Pada waktu petang pelajar menengah rendah akan mengikuti kelas persediaan petang (kecuali jika ada guru ingin membuat kelas tambahan) manakala pelajar menengah atas akan mengikuti kelas tambahan mata pelajaran. Pada hari Jumaat, sesi persekolahan tamat pada pukul 12.30 tengah hari.
Kelas
sunting- Tingkatan 1,
- Smart (Dual Language Programme)
- Brilliant
- Perfect
- Intelligent (Dual Language Programme)
- Tingkatan 2
- Smart (Dual Language Programme)
- Brilliant
- Perfect
- Intelligent (Dual Language Programme)
- Tingkatan 3
- Smart (Dual Language Programme)
- Brilliant
- Perfect
- Intelligent
- Tingkatan 4
- Smart (sains agama) (Dual Language Programme)
- Brilliant (sains agama)
- Perfect (sains tulen)
- Intelligent (sains tulen) (Dual Language Programme)
- Tingkatan 5
- Smart (sains agama) (Dual Language Programme)
- Brilliant (sains agama)
- Perfect (sains tulen)
- Intelligent (sains tulen) (Dual Language Programme)
Logo
sunting- Kuning : Lambang keperibadian mulia
- "I I I" : 'Iqra
- Buku : Sikap suka membaca
- Bulat : Kelahiran pemimpin masa depan di SBPI Temerloh
Lagu Sekolah
suntingBerhemah tinggi pekerti terpuji
Bentuk peribadi nilai yang murni
Sopan santun dalam berbicara
Menjunjung tinggi cita-cita negara
Ilmu penyuluh hidup yang sempurna
Membaca jadikan amalan kita
Teras iman budi yang luhur
SBPI Temerloh Darul Makmur
Mari bersama kita berusaha
Bina insan cemerlang
Beramal bakti sentiasa
Menggapai hasrat murni negara merdeka
Berilmu cipta kejayaan
Keimanan benteng kejahilan
Beramal jadi kewajipan
Penampilan dijaga
Berdedikasi dan jati diri
Melahirkan insan bestari
Lahirkan insan bestari
Kemudahan
suntingPembelajaran
sunting- Makmal komputer
- Bilik Kuliah Al-Khawarizmi
- Bilik Pembelajaran Abad 21
- Pusat Akses Internet
- Internet tanpa-wayar merangkumi bangunan sekolah
- Bilik-bilik khas seperti Bilik Bahasa, Geografi, Sejarah dan bilik-bilik bahasa asing (Deutsch, Nihongo, Mandarin)
- Makmal-makmal sains seperti Makmal Kimia, Makmal Biologi dan Makmal Fizik
Sukan
sunting- Gelanggang Badminton
- Padang Petanque
- Gelanggang Squash
- Gelanggang Takraw
- Gelanggang Bola Keranjang
- Gelanggang Bola Tampar
- Padang bola sepak
- Gelangang bola futsal