SBG merupakan jenama yang digunakan oleh Syarikat Swasta Saudagar Bumi Global Sdn. Bhd. dan berdaftar dibawah MyIPO.

SBG
JenisSyarikat Swasta
DiasaskanJun 2016; 8 tahun yang lalu (2016-06)
Ibu pejabatPerak Darul Ridzuan
Kawasan yang dipasarkanMalaysia
CEOAzri Johari
Perancang utamaAmirul Ashraf
ProdukSecurity System
PemilikSaudagar Bumi Global Sdn. Bhd.
Laman webwww.sbghq.com
Tersedia dalamBahasa Melayu

Kelahiran Jenama SBG

sunting

SBG atau singkatan kepada Saudagar Bumi Global dilestarikan dengan maksud perniagaan kepunyaan sepenuhnya Usahawan Bumiputera ini dapat menjalankan perniagaan ke peringkat global serta bakal meluaskan dan mempelbagaikan bidang perniagaan dengan lebih berdaya maju serta berdaya saing.

sunting

Logo SBG yang membawa unsur Bumi dan Burung adalah untuk menterjemah arah SBG yang akan melebarkan sayapnya ke seluruh dunia tanpa sempadan.

Sejarah Syarikat

sunting
Saudagar Bumi Global Sdn. Bhd. (SBG SB) telah didaftarkan 03 Jun 2016 dengan Modal Berbayar sebanyak RM200,000.00 serta modal dibenarkan RM400,000.00.
SBG SB telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan bertaraf Syarikat Bumiputera bermula 17hb Mei 2017 dengan 30 Kod Bidang Pilihan.
Syarikat juga telah mendapat pengesahan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) iaitu dikecualikan daripada lesen pengilang di Bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975. 
Pada awal penubuhan, Syarikat memfokuskan kepada perniagaan Pengilangan dan Pemasaran Bahan Pencuci pelbagai jenis yang mempunyai lebih 200 Stokis dan Ejen di seluruh Semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun, serangan Pandemik Covid19 telah melumpuhkan pengoperasian Syarikat. 
Perniagaan Syarikat telah terkesan sehingga terpaksa mengambil langkah sukar dengan menutup sepenuhnya Kilang dan Perniagaan Bahan Pencuci. Kegagalan menyelamatkan Perniagaan Bahan Pencuci bukanlah pengakhiran riwayat bagi SBG, sebaliknya kami kembali bangkit dengan model dan fokus perniagaan yang baru. Menyahut seruan Kerajaan kearah memahami Kecerdasan Buatan, syarikat telah beralih kepada Pembekalan dan Perkhidmatan dengan menerapkan budaya Artifial Inteligence (AI).
Syarikat telah mula terlibat dengan kerja-kerja Pembekalan, Pembinaan, Renovasi, Fabrication dan Pembaikan kepada Pihak Kerajaan dan Swasta, yang mana syarikat sememangnya mempunyai pengalaman sebelumnya walaupun hanya sebagai perniagaan sampingan yang kini bertukar menjadi Perniagaan Utama. Namun, kepakaran dan Fokus utama syarikat adalah Security System.
Sesuai keperluan bidang perniagaan yang baru, Syarikat telah beroperasi di Premis baru di alamat No.31, Persiaran Venice Sutera 1, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak dan telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) dan memperoleh Sijil PKK pada 09 Okt 2023, seterusnya dianugerahkan Sijil SPKK pada 19 Okt 2023 dan masih dalam proses pemerolehan Sijil Taraf Bumi (STB).

Rujukan

sunting

Pautan Luar

sunting