Sazali P. Ramlee
Sazali bin Ramlee atau lebih dikenali sebagai Sazali P. Ramlee (lahir 27 Disember 1958) merupakan seorang bekas pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan anak angkat kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Sazali P. Ramlee | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Sazali bin Ramlee 27 Disember 1958 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1959–1968 |
Pasangan | Hamidah Hitam (k. 1988) |
Ibu | Allahyarhamah Zuraidah (ibu kandung) Allahyarhamah Junaidah Haris (ibu angkat) |
Bapa | Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (bapa angkat) |
Polemik status anak P. Ramlee
suntingNasir P. Ramlee dalam bukunya Bapaku P. Ramlee berkali-kali menegaskan bahawa hanya beliaulah satu-satunya anak kandung P. Ramlee, walaupun begitu bapanya itu gemar mengambil anak angkat dan beliau menyenaraikan Sazali sebagai anak angkat bapanya malah merupakan anak kesayangan.[1] Menurut isteri kedua P. Ramlee iaitu Noorizan, ketika P. Ramlee sedang mencipta lagu Anak-ku Sazali, ada orang yang tidak dinyatakan namanya telah menyerahkan anak kepada P. Ramlee. Selepas itu nama anak itu terus dinamakan dengan Sazali.[2] Namun kenyataan status anak angkat telah berkali-kali ditolak oleh Sazali di dalam media seperti The New Paper, 19 Mac 1998[3], Berita Harian, 22 Mac 1998[4] dan dalam Legasi Podcast bersama Adlin Aman Ramlie dan Dato’ Khairul Anwar Salleh pada 28 Disember 2024[5]. Dalam sijil Kelahiran beliau, tertera nama bapa beliau ialah Ramlee bin Puteh, manakala ibunya ialah Junaidah bt Harris. Jika dikaji mana mungkin Sazali yang dilahirkan pada tahun 1958 beribukan Junaidah sedangkan Junaidah telah bercerai dengan P. Ramlee pada tahun 1954 dan beliau terus pulang ke Indonesia[6]. Menurut Nasir P. Ramlee, soal pertukaran nama pada sijil kelahiran di Singapura ketika itu bukanlah suatu isu yang penting. Cara pengambilan anak angkat di sana hanya mengikut undang-undang sivil. Oleh kerana itulah di dalam sijil kelahiran anak-anak angkat P. Ramlee berbinkan Ramlee dan beribukan Junaidah[7]. Di dalam Legasi Podcast, Sazali menegaskan bahawa beliau bukanlah anak angkat, sebaliknya P. Ramlee telah berkahwin dengan ibunya yang bernama Zuraidah dari Pulau Pinang selepas bercerai dengan Junaidah (atau ketika masih bersama dengan Junaidah). Namun, ibunya meninggal dunia sejurus selepas melahirkannya, menyebabkan P. Ramlee membawanya pulang ke Singapura. Menurut Sazali, beliau mengetahui perkara ini daripada Ramli Ismail, individu yang dikatakan sebagai penyimpan rahsia-rahsia P. Ramlee.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1959 | Musang Berjanggut | Tun Nila Utama (Bayi) | Filem pertama sebagai pelakon kanak-kanak |
1968 | Ahmad Albab | Anak Jin | Sebagai pelakon kanak-kanak |
Anak Bapak[8] | Zali Boy | Filem terakhir sebagai pelakon kanak-kanak |
Rujukan
sunting- ^ Nasir P. Ramlee (2007). Bapaku P. Ramlee. Selangor: MPH Group Publishing Sdn Bhd. m/s 30
- ^ Ramli Ismail (1998). Kenangan Abadi P. Ramlee. Kuala Lumpur: Adhicipta Sdn Bhd.m/s 60
- ^ Was he adopted?The New Paper, 19 Mac 1998, halaman 6 https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/page/newpaper19980319-1.1.6
- ^ 'Anakku Sazali' merana Berita Harian, 22 Mac 1998, halaman 10 https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19980322-1.2.19.1
- ^ LP16 : Sazali P. Ramlee Bongkar Trauma ‘Jelly Boy’!, 28 Disember 2024
- ^ Hidir Ali Razali (2024). P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur: Patriots Asia Sdn. Bhd.m/s 34
- ^ Nasir P. Ramlee (2007). Bapaku P. Ramlee. Selangor: MPH Group Publishing Sdn Bhd. m/s 29
- ^ https://m.malaysiakini.com/letters/26524