Sayur
Sayur (Jawi: سايور ; kata ganda: sayur-mayur, Jawi: سايور-مايور atau sayur-sayuran, Jawi: سايور-سايورن) merujuk kepada sebarang bahagian tumbuhan yang dimakan secara mentah atau setelah dimasak baik sebagai ulam, salad atau lauk, bukan pencuci mulut, dan bukan makanan ruji atau snek.[1] Sayur boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu jenis daun, buah dan ubi. Terdapat lebih daripada 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di dataran tanah rendah atau di dataran tanah tinggi. Lebih kurang 20 jenis sayur yang penting dan banyak ditanam oleh petani Malaysia berdasarkan nilai komersial yang ada.[2]
Isitilah
suntingDefinasi sayur (jamak: sayur-sayuran) tak tertumpu kepada kumpulan botani tertentu dan ia merangkumi pelbagai stuktur tumbuhan. Walaupun bagaimanapun, sayur boleh didefinasikan sebagai apa-apa bahagian daripada tumbuhan yang boleh dimakan oleh manusia.[3]
Kumpulan sayur
suntingSayur dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bahagian tumbuhan yang dimakan seperti sayur daun, buah, dan ubi/bebawang.
Sayur daun
sunting- Asparagus
- Bayam
- Cekur manis
- Kangkung
- Kailan
- Kubis
- Kubis bunga
- Kubis bunga hijau
- Kubis cina
- Kucai
- Pegaga
- Pucuk paku
- Remayung
- Salad
- Sawi
Sayur buah
sunting- Bendi
- Cili
- Kacang botor
- Kacang buncis
- Kacang manis
- Kacang panjang
- Kacang parang
- Kacang tanah
- Kundur
- Labu
- Labu air
- Labu manis
- Peria
- Petola
- Terung
- Timun
- Tomato
Sayur ubi/bebawang
suntingKhasiat
suntingNilai pemakanan sayur berbeza-beza mengikut faktor seperti jenis sayur, kesegaran sayur, baja atau nutrien yang terdapat di dalam tanah di mana sayur tumbuh, cara penyediaan sayur untuk dimasak, cara masakan sayur, dan jangka masa sayur dimasak.[1]
Umumnya sayur yang dimakan mentah mengandungi lebih nutrisi dan juga sayaur yang dimasak sekejap atau dicelur sahaja seperti ulam. Manakala sayur yang dimasak terlalu lama atau sayur segar yang dipotong kecil-kecil dan direndam terlalu lama di dalam air, lebih-lebih lagi air yang mengalir, akan mengurangkan nilai nutrisinya.
Banyak kajian telah membuktikan diet yang penuh dengan sayur dan buah dapat merendahkan risiko penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.[4] Diet tambahan yang hanya bergantung kepada pil dan tablet untuk membekalkan nutrien kepada badan tak sama khasiat kesihatan dengan diet buah dan sayuran. Bahan yang kurang adalah fitokimia, sebatian tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam mencegah penyakit tertentu. Kebanyakan fitokimia adalah bahan antioksida, iaitu bahan kimia yang boleh memusnahkan radikal bebas, molekul reaktif yang merosakkan DNA, protein, dan lemat tak tepu dalam sel. Ahli nutrisi kini giat mengkaji kelebihan fitokimia dan hampir setiap minggu laporan mengenainya diterbitkan.
Buah dan sayur yang mempunyai warna cerah secara amnya mempunyai kandungan fitokimia yang tinggi. Antara fitokimia yang penting adalah karotenoid dan flavonoid. Buah dan sayur yang kaya dengan karotenoid selalunya berwarna kuning, jingga, merah, atau hijau. Kajian menunjukkan diet kaya dengan karatenoid mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, dan angin ahmar. Ia juga mungkin mampu melambatkan kedatangan diabetes dan bantu mengurangkan kesan kerosakan oleh diabetes.
Manakala buah dan sayur yang kaya dengan flavonoid mempunyai warna merah, biru, ungu, atau hitam, amnya. Seperti karatenoid, flavonoid didapati boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, dan masalah kesihatan lain berkaitan penuaan. Dalam satu kajian makmal, beri biru dikaitkan dengan peningkatan tahap pembelajaran dan ingatan.[5]
Maka digalakkan untuk kita memakan pelbagai jenis warna buah dan sayur demi kesihatan yang cemerlang dan sihat.
Isu
suntingSayur organik vs Sayur konvensional
suntingTerdapat beberapa isu mengenai sayur di Malaysia. Kebanyakan sayur untuk penghasilan di Malaysia adalah 80% menggunakan penyemburan racun perosak agak sayur tampak elok sehingga ke tangan pengguna. Manakala sayur organik pula kebanyakannya dihasilkan untuk tujuan eksport ke Singapura.
Walaupun begitu, dilaporkan pendapatan sebulan petani organik boleh mencecah dari RM3,000 hinggala RM4,500.[6] Petani Sabah juga mula ke arah pertanian organik.[7]
Rujukan
sunting- ^ a b H. C. Ong (2003). Sayuran: Khasiat & Ubatan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. ISBN 978-9676-113-900.
- ^ A. A. Fadelah (2000). "Status dan pentingnya pengeluaran sayur-sayuran". Dalam M.N Ramli, A.A Fadelah, I. Fauziah, M.K Illias, S.Y Mah, R. Melor, N,N Mohamad Roff & H. Rosiah (penyunting). Panduan pengeluaran sayur-sayuran. Kuala Lumpur: Mardi. m/s. 1–5.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- ^ Steven, T. K.; Peter, G.; Albert, O.P. (2007). Vegetable diseases: a color handbook. Manson Publishing. ISBN 978-1-8407-6075-0.
- ^ 2004. Journal of the National Cancer Institute
- ^ http://www.naturalnews.com/025866_berries_cholesterol_Amazon.html Blueberries Lower High Cholesterol and Boost Cardiovascular Health
- ^ 2,500 tonnes of organic fruits produced yearly
- ^ Green group help farmers do away with pesticides
Bacaan lanjutan
sunting- Ramli, M.N., A.A Fadelah, I. Fauziah, M.K Illias, S.Y Mah, R. Melor, N,N Mohamad Roff and H. Rosiah. 2000. Panduan pengeluaran sayur-sayuran, ed. baru. Kuala Lumpur: Mardi.
- Gareth, D. and M. Lennartsson. (2005). Organic Vegetable Production: A Complete Guide. Ramsbury: Henry Doubleday Research Association. ISBN 978-1-86126-788-7