Sayang Papa Saya Tak

Sayang Papa Saya Tak ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2017 arahan Amie Maziah. Dibintangi oleh Hisyam Hamid, Emma Maembong dan Wan Sharmila. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 9 Januari 2017 menggantikan Isteri Tuan Ihsan. [1]

Sayang Papa Saya Tak2
GenreKomedi
Cinta
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul
Ditulis olehRehal Nuharis
PengarahAmie Maziah
Dibintangi oleh
Hisyam Hamid
Emma Maembong
Wan Sharmila
Negara asal Malaysia
Bilangan episod16 Episode.
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 10 malam.
Syarikat penerbitan
(Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria & Astro Ria HD (Slot MegaDrama)
Siaran asal9 Januari 2017 – 2 Februari 2017
Kronologi
MengikutiIsteri Tuan Ihsan
Diikuti olehUrusan Hati Cik Drama Queen

Sinopsis

sunting

Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya.

Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

Pelakon

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Drama Sayang Papa Saya Tak. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021