Savana ialah padang rumput tropika dengan dikelilingi oleh semak-samun dan pokok-pokok seperti palem dan akasia.[1][2] yang sambil menjarang antara satu sama lain sehingga tidak meneduhkan permukaan bumi. Sistem biotik ini biasanya terbentuk di antara daerah tropika dan subtropika[1] di mana kurangannya tadahan hujan sehingga menghasilkan iklim yang tidak terlalu kering untuk menjadi gurun pasir tetapi tidak cukup basah untuk menjadi hutan.[1]

Savana di Wilayah Konservasi Ngorongoro, Tanzania.

Ia lazim wujud di rantau Amerika Tengah dan benua Afrika, terutamanya di kawasan Timur di mana terletaknya dataran Serengeti di Tanzania yang terkenal.[1]

Gambaran

sunting

Savana dibezakan menjadi dua, iaitu:

  • Savana murni: savana yang pepohonan penyusunnya hanya terdiri dari satu jenis tumbuhan sahaja.
  • Savana campuran: savana yang pepohonan penyusunnya terdiri dari berbagai jenis tumbuhan.

Suhu dan iklim

sunting

Suhu udara di daerah savana tetap sama sepanjang tahun iaitu hangat.[1] Tetapi savana mempunyai dua musim yang sangat berbeza, yaitu musim kering dan musim basah.[1] Pada musim kering, hanya ada 4 inci curah hujan.[1] Bahkan di antara bulan Disember dan Februari tidak ada hujan sama sekali.[1] Namun di musim kering, cuaca terasa lebih dingin.[1] Sedangkan pada musim panas, savana mendapat banyak air hujan.[1] Di Afrika, musim hujan dimulai pada bulan Mei dan curah hujan mencapai 15 hingga 25 inci sepanjang waktu.[1]

Flora dan fauna

sunting

Di sini hidupnya haiwan-haiwan seperti singa, kuda belang, gajah, zirafah dan kerbau.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i j k l Hutan Sabana Diarkibkan 2011-08-25 di Wayback Machine (Diakses pada tanggal 15 Julai 2011)
  2. ^ Bioma Sabana Diarkibkan 2011-10-02 di Wayback Machine (Diakses pada tanggal 15 Julai 2011)

Pautan luar

sunting